Scotland dilaporkan sedia untuk menawarkan tempat kepada Harvey Barnes untuk mewakili skuad kebangsaan negara mereka.

Ini kerana Harvey Barnes memiliki pertalian dengan Scotland menerusi datuk dan neneknya yang berasal dari Scotland.

Jadi pemain itu boleh menjadi pemain warisan Scotland menerusi keturunan keluarganya.

Menurut peraturan FIFA, seseorang pemain boleh mewakili sesebuah negara jika sekurang-kurangnya salah satu daripada syarat berikut dipenuhi:

– Mereka dilahirkan di negara tersebut

– Ibu atau bapa kandung mereka dilahirkan di negara itu

– Datuk atau nenek mereka dilahirkan di negara itu

– Mereka telah menetap secara berterusan di negara tersebut sekurang-kurangnya lima tahun selepas berusia 18 tahun

Barnes dilahirkan di England, tetapi faktor keturunan (peraturan #3) yang mengaitkannya dengan Scotland.

Namun begitu, pemain ini sebenarnya ada ‘cap-tied’ kerama pernah mewakili England di peringkat senior.

Menurut peraturan FIFA, jika seorang pemain telah beraksi dalam perlawanan kompetitif antarabangsa peringkat senior (contohnya kelayakan Piala Dunia atau Euro) untuk satu negara, dia biasanya dianggap cap-tied dan tidak boleh menukar pasukan.

Jika penampilan hanya di peringkat remaja atau perlawanan persahabatan, pertukaran sekali sahaja masih mungkin dibenarkan

Harvey Barnes telah bermain untuk England di peringkat senior, namun ianya hanya aksi persahabatan – atau aksi tidak kompetitif.

Apapun Steve Clarke dan FA Scotland yakin bahawa mereka akan dapat memastikan Harvey Barnes mewakili negara mereka dalam kempen Piala Dunia 2026.

Ini selepas pemain tersebut sebelum ini dikatakan memberikan lampu hijau bahawa dia sedia menukar kewarganegaraannya untuk mewakili musuh tradisi England itu.

Barnes pastinya akan menjadi tambahan yang sangat penting untuk Scotland jika dia setuju untuk menjadi pemain warisan yang mewakili negara tersebut di Piala Dunia 2026.