Sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang semakin hampir, Batik Air telah mengumumkan pelancaran kempen ‘Tambang Tetap untuk Reunion Anda’, bertujuan untuk menjadikan perjalanan musim perayaan di seluruh Malaysia lebih mudah, boleh dipercayai dan bebas tekanan.
Kempen tambang tetap ini menawarkan harga tiket yang telah ditetapkan lebih awal kepada penumpang menjelang musim puncak perjalanan.

Ia bagi membolehkan keluarga merancang perjalanan Tahun Baharu Cina mereka dengan lebih yakin.
Menyedari bahawa tempoh perayaan ini merupakan antara waktu perjalanan paling sibuk di negara ini, inisiatif Batik Air memastikan penumpang dapat menumpukan perhatian kepada kegembiraan bersama keluarga tanpa perlu risau tentang turun naik harga tiket atau cabaran saat akhir.
Kempen Baharu Batik Air
Penumpang kini boleh menikmati tambang tetap dari Kuala Lumpur / Subang ke Kuching dengan harga sehala bermula RM318 dan ke Kota Kinabalu bermula RM378.
Tempoh tempahan dibuka mulai sekarang sehingga 13 Februari 2026 dengan tempoh perjalanan dijadualkan dari 13 hingga 16 Februari 2026.
Selain itu, Batik Air turut menambah penerbangan tambahan dari Johor Bahru ke Pulau Pinang (12 hingga 14 Februari 2026) dan ke Sibu (13 hingga 15 Februari 2026).
Tambang sehala bermula daripada RM388 ke Pulau Pinang dan RM588 ke Sibu, sekali gus memberikan lebih fleksibiliti kepada penumpang sepanjang musim perayaan.

Sebagai pelengkap kepada inisiatif perjalanan perayaan ini, Batik Air turut melancarkan program khas pelajar baharu, “Batik Student Fare”, bagi menyokong pelajar, pensyarah dan komuniti kampus.
Program ini menawarkan diskaun perjalanan sepanjang tahun untuk memudahkan pelajar dan pendidik melanjutkan pengajian, pembangunan diri dan penerokaan.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen jangka panjang Batik Air dalam memperkasakan generasi muda serta membantu mereka mengakses peluang di dalam dan luar negara.