Setelah sekian lama menunjukkan ‘teaser‘ kepada orang ramai, hari ini Proton melancarkan model EV dwi-Kuasa pertama Malaysia, Proton e.MAS 7 PHEV, dalam tiga pilihan varian.
Sempena pelancaran, Proton menawarkan harga pelancaran istimewa di mana untuk varian Prime bernilai RM105,800 (harga asal RM109,800), Premium RM 119,800 (RM123,800) dan Premium Plus RM125,800 (RM129,800).
Harga istimewa ini efektif mulai 4 Februari 2026, sah untuk Semenanjung Malaysia, serta terhad kepada 5,000 tempahan pertama sahaja.
Proton menawarkan turut menawarkan jaminan waranti kenderaan 6 tahun tanpa had perbatuan, ketersambungan data 2GB bulanan selama 5 tahun, serta jaminan waranti bateri & komponen untuk 8 tahun atau 160,000km (mana-mana terdahulu).
Dilengkapi dengan bateri Litium Ferum Fosfat (LFP), Proton e.MAS 7 PHEV menawarkan prestasi yang selamat, tahan lama, dan rintang haba, sesuai dengan keadaan di Malaysia.
Terdapat 3 mod pemanduan pilihan; Pure Mode (Pemanduan bandar elektrik sepenuhnya), Hybrid Mode (Gabungan automatik kuasa elektrik dan petrol) dan Power Mode (Pecutan dan respon yang dipertingkatkan).
Menjelang pelancarannya, Proton e.MAS 7 PHEV telah berjaya melengkapkan perjalanan sejauh 1,104.5 km dari Pulau Pinang dan Johor Bahru ke Pusat Kecemerlangan (COE) PROTON di Subang Jaya tanpa sebarang pengisian semula bahan api atau pengecasan tambahan.