Perlawanan ketujuh peringkat kumpulan AFC Champions League Elite (ACLE) 2025/26: Sanfrecce Hiroshima lawan Johor Darul Ta’zim (JDT) [9 Februari 2026, 6:00 petang]

Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung saingan elit bola sepak Asia melibatkan wakil negara iaitu JDT di Hiroshima, Jepun.

Perlawanan Ketujuh ACL Elite 2025/26

Sanfrecce Hiroshima lawan Johor Darul Ta’zim (JDT)

Sepak mula: 6:00 petang, 9 Februari 2026 (Selasa)
Tempat: Edion Peace Wing Hiroshima, Jepun
Link Siaran Langsung: Astro Arena, Youtube AFC Hub (Akses VPN)

Astro Arena merupakan satu-satunya stesen televisyen tempatan yang mendapat hak penyiaran ACL Elite.

Jika tidak menyaksikannya di kaca televisyen, anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau langganan Sooka untuk menonton perlawanan menarik ini secara ‘Live Streaming’.

Info Siaran Langsung ACL Elite 2025/26 Sanfrecce vs JDT
Kredit Foto: JOHOR Southern Tigers

JDT bakal bertandang ke Hiroshima dengan misi mencerahkan lagi peluang mereka untuk melangkah ke pusingan 16.

Setelah mengharungi enam aksi sebelum ini, skuad kendalian Xisco Munoz itu berada di kedudukan keenam hasil dua kemenangan, dua keputusan seri dan dua kekalahan.

Lapan mata diraih bagaimanapun masih belum selesa buat Harimau Selatan yang hanya dibezakan satu mata dengan pasukan tangga kesembilan iaitu Gangwon dari Korea Selatan.

Namun, lawan yang ditentang bukanlah calang-calang pasukan kerana Sanfrecce kini menghuni tangga ketiga.

Menarik untuk disaksikan sama ada JDT mampu untuk melakar kemenangan atau terpaksa akur dengan kehebatan tuan rumah.

ACL Elite adalah pertandingan yang melibatkan 24 kelab elit di Asia dan menawarkan wang hadiah lumayan sebanyak AS$10,000,000 (RM42,064,271.65) untuk juara manakala naib juara membawa pulang AS$4,000,000 (RM16,825,708.66).

Ia tidak termasuk elaun perlawanan di tempat lawan serta elaun pencapaian sekiranya mencatatkan kemenangan dan meraih keputusan seri.