Bintang Mesir, Mohamed Salah, dilaporkan telah membuka pintu untuk perbincangan dengan kelab luar England – khususnya Al-Ittihad dari Liga Pro Saudi – untuk kemungkinan perpindahan pada musim panas ini setelah beberapa kontroversi kecil di Liverpool musim ini.
Selepas kekecohan kecil pada bulan Disember lalu ketika Salah bersuara tentang peranannya di Liverpool, kontraknya kini menjadi tumpuan utama.
Meskipun kembali ke pasukan dan mendapat sambutan hangat dari penyokong Reds, tanda-tanda bahawa ini mungkin musim terakhirnya di Anfield semakin jelas.
Ini selepas Mo Salah dilihat masih bergelut dengan pasukan Liverpool berwajah baharu pada musim ini.
Al Ittihad yang sebelum ini pernah cuba memancing Mo Salah namun gagal kerana pemain itu masih mahu kekal di Liverpool – kini kembali semula dengan minat ke atas pemain tersebut.
Al Ittihad sebelum ini melepaskan Karim Benzema, setelah kedua dua pihak gagal mencapai kesepakatan klausa gaji pemain itu.
Mo Salah dianggap calon terbaik untuk menjadi bintang utama kelab itu menggantikan Karim Benzema.
Laporan terbaru menyebut bahawa perbincangan antara ejen Salah dengan Al-Ittihad telah bermula, dan kali ini 33-tahun ini lebih terbuka untuk cabaran baru di Arab Saudi – satu liga yang semakin menarik ramai super bintang dunia.
Mo Salah ditawarkan gaji setara dengan bintang seperti Cristiano Ronaldo dan diberikan banyak bonus dan layanan istimewa yang lain oleh kelab dan kerajaan Saudi.
Profil Mo Salah sebagai pemain Muslim paling berpengaruh di dunia turut dianggap antara faktor yang menarik perhatian Al Ittihad. Ianyaa dianggap sesuai dengan projek sukan kelab itu yang merupakan sebuah kelab berpangkalan di Arab Saudi.