“Patuhi peraturan dan jangan membuang sampah” — kata seorang warga Singapura pertama yang disabitkan kesalahan membuang sampah.
Mohamed Nuh Qurasaini Kayat, 25, melakukan kerja pembersihan komuniti di tengah-tengah ibu kota Malaysia, berhampiran Dataran Merdeka, bersama tiga individu lain.
Baca Juga:
- Visa: Malaysia Salah Satu Destinasi Paling Popular Penduduk Singapura Berbelanja

- Dakwa ‘Little Jakarta’ Muncul Di Tengah Singapura, Respon Warga Tempatan Ini Benar-Benar ‘Win’

- Rakyat Malaysia Punca Warga Singapura Susah Dapat Kerja?

Berkata kepada Channel News Asia, beliau berada di Kuala Lumpur untuk menyaksikan sambutan Tahun Baru dan pertunjukan bunga api.
Dia tidak menyedari tentang pelaksanaan undang-undang anti-sampah Malaysia yang lebih ketat yang mula berkuat kuasa pada 1 Januari tahun ini.
“Bagi mereka yang melawat Kuala Lumpur, patuhi peraturan. Itu sahaja yang saya ingin ingatkan, supaya anda tidak berakhir dalam situasi seperti saya,” katanya secara ringkas semasa waktu rehat daripada hukuman khidmat masyarakat selama empat jam itu.
Keempat-empat lelaki tersebut adalah antara kumpulan pesalah pertama yang menjalankan kerja khidmat masyarakat bagi kesalahan membuang sampah merata-rata.
Dengan memakai ves bertulis ‘Perintah Khidmat Masyarakat’, mereka dikehendaki menyapu dan mengutip sampah dari jalanan. Kesemua mereka memakai pelitup muka.
Tiga individu lain terdiri daripada warga Malaysia, Pakistan, dan Indonesia.
Seramai 11 lagi pesalah turut menjalani khidmat masyarakat arahan mahkamah yang serupa secara serentak pada Jumaat di empat lokasi lain iaitu Kedah, Negeri Sembilan, Johor, dan Pahang, menurut agensi kerajaan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp)