Jika anda datang datang Melaka, janganlah membuat perkara-perkara yang melanggar peraturan jalan raya kerana mungkin anda diperhatikan oleh pasukan FALCON JPJ dari jauh.
Menerusi hantaran Facebook, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka kongsikan pasukan ‘FALCON JPJ’ mereka memburu beberapa pesalah yang didapati memotong barisan dan melanggar lampu merah.
Baca Juga:
- JPJ Perak Sita Lexus Pakai Nombor Plat Myvi

- ‘Kalau Takut, Jangan Ikut’ – Volkswagen Golf Dua Tahun Tiada Insurans Disita JPJ Kedah

- 5 Tahun ‘Jalan-Jalan Haram’, Nissan Skyline R34 Disita JPJ


Video yang baru dimuat naik jam 4 petang semalam telah meraih lebih 15,000 reaksi daripada pengguna Facebook, lebih 1,000 komen, serta 550 kali perkongsian.
Rata-rata orang ramai berpuas hati melihat aksi FALCON JPJ yang memburu para pesalah.
Penduduk tempatan yang melihat video itu juga turut memberikan cadangan kepada pihak JPJ untuk membuat operasi di beberapa lokasi panas yang kerap pengguna jalan raya melakukan kesalahan.
@jpjmelaka Merah Dah Menyala, Masih Nak Derhaka? OPS TBC 2026 Falcon JPJ melaka @jpjhqpenguatkuasa #jpjmelaka #jpjmalaysia #panducermatsampaiselamat
Untuk makluman pasukan FALCON JPJ merupakan satu unit yang ditugaskan sebagai pengiring. Pada masa sama mereka juga terlibat dalam pelbagai tugas lain seperti menyokong operasi keselamatan dan menjalankan pengawasan, kata JPJ Negeri Melaka.
Anda boleh tonton video penuh FALCON JPJ ‘beraksi’ di sini.