Perlawanan kelapan peringkat kumpulan AFC Champions League Elite (ACLE) 2025/26: Johor Darul Ta’zim (JDT) lawan Vissel Kobe [17 Februari 2026, 8:15 malam]
Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung saingan elit bola sepak Asia melibatkan wakil negara iaitu JDT di Iskandar Puteri.
Perlawanan Kelapan ACL Elite 2025/26
Johor Darul Ta’zim (JDT) lawan Vissel Kobe
Sepak mula: 8:15 malam, 17 Februari 2026 (Selasa)
Tempat: Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri
Link Siaran Langsung: Astro Arena, Youtube AFC Hub (Akses VPN)
Astro Arena merupakan satu-satunya stesen televisyen tempatan yang mendapat hak penyiaran ACL Elite.
Jika tidak menyaksikannya di kaca televisyen, anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau langganan Sooka untuk menonton perlawanan menarik ini secara ‘Live Streaming’.
Misi hidup mati buat wakil tunggal negara ini apabila perlu mencatatkan kemenangan untuk mencerahkan peluang ke pusingan 16.
Sekiranya mencatatkan keputusan seri, skuad Harimau Selatan perlu mengharapkan agar Ulsan HD dan Chengdu Rongcheng gagal meraih kemenangan.
Sehubungan dengan itu, amat menarik untuk disaksikan pertemuan terakhir bertemu pendahulu ACL Elite 2025/26 ini.
Pasukan lawan dikhabarkan merehatkan ramai pemain utama kerana lebih awal mengesahkan tempat ke pusingan 16.
Kesempatan itu terutamanya kelebihan beraksi di laman sendiri perlu digunakan sepenuhnya pemain JDT untuk melakarkan kemenangan.
ACL Elite adalah pertandingan yang melibatkan 24 kelab elit di Asia dan menawarkan wang hadiah lumayan sebanyak AS$10,000,000 (RM42,064,271.65) untuk juara manakala naib juara membawa pulang AS$4,000,000 (RM16,825,708.66).
Ia tidak termasuk elaun perlawanan di tempat lawan serta elaun pencapaian sekiranya mencatatkan kemenangan dan meraih keputusan seri.