Rody Kristal tampil memberikan penjelasan apabila namanya dipetik oleh bekas vokalis Kristal, Lan Solo.

Lan sebelum ini menegaskan bahawa dia sudah merendahkan egonya untuk menghubungi Rody. Lan merancang untuk bersama sama dengan Rody Kristal dalam satu projek khas.

Namun Lan kecewa kerana Rody seolah olah tidak berminat untuk bersatu kembali dengannya di atas pentas.

Dipetik daripada sumber Harian Metro, Lan berkata: “Saya sudah dapatkan nombor telefon Rody melalui Acap (adik Rody) kerana sudah lama kami tidak berhubung. Saya cuba menghubunginya, tetapi dia tidak jawab, mungkin dia tidak simpan nombor saya.

“Jadi, saya terus perkenalkan diri dan beritahu ingin berbincang mengenai satu projek. Tetapi, pelbagai alasan diberikan termasuklah sibuk dan perlu menjaga anak.”

Rody kemudian tampil memberikan penjelasan kenapa dia menolak cadangan Lan. Pertamanya, Rody mempersoalkan, kenapa Lan mahu membuat konsert Kristal OG?

Rody berkata: “Kenapa dia nak buat konsert Kristal OG [Original]. Kerana barisan ahli kumpulan di situ, hanya Lan seorang [yang benar benar OG]. Mana Izal dengan Ainol? Mereka pun tak sertai.

“Jadi, apa yang original di situ? Lagipun Kristal yang ada sekarang masih Kristal yang dahulu. Bezanya, penyanyi kita dah tukar. Dan saya masih membawa Kristal ini. Bermula daripada saya seorang sehinggalah berjumpa dengan ahli ahli lain.

“Walaupun bertukar tukar ahli lain, namun saya masih membawa nama Kristal itu sehingga sekarang.”

Rody seterusnya menjelaskan bahawa Kristal adalah diasaskan oleh ayahnya.

“Jadi Kristal adalah saya, dan saya adalah Kristal,” dakwa Rody.

Rody kecewa apabila Lan menuduhnya memberikan jawapan dingin dan tidak mahu bekerjasama.

Secara peribadi, Rody merasakan Kristal masih belum layak untuk membuat konsert pada skala besar. Kerana Kristal tidak memiliki banyak lagu sendiri. Kristal masih banyak bergantung kepada lagu saduran.

“Kepada mereka yang dah lama mengikuti Kristal, kamu akan tahu, kami hanya ada beberapa album sahaja yang ada lagu kami sendiri. Selain itu, banyak lagu saduran [cover],” tegas Rody.

Seterusnya, Rody memang memasang impian mahu memiliki legasi besar seperti Wings dan Search, agar dapat mengadakan konsert besar atas nama sendiri, dengan lagu sendiri, ciptaan kami sendiri: “Itulah impian yang saya mahu capai,” katanya lagi.

Rody tidak mahu mengadakan konsert yang hanya mengumpulkan ahli ahli lama.

Rody juga mengingatkan bahawa Lan sudah keluar daripada Kristal dan mewujudkan Kristal X.

“Saya lihat Kristal X pun ada rezeki mereka di persembahan mereka. Kristal saya juga aktif membuat persembahan di merata tempat,” kata Rody.

Rody kini fokus untuk menaikkan kembali nama Kristal. Dan dia sedang dalam proses untuk menghasilkan material baharu untuk Kristal.

Rody kemudian menyatakan bahawa dia tidak selesa apabila namanya sekali lagi dipetik. Sedangkan dia selama ini tidak pernah ‘bising’ apabila Lan dan rakan rakannya menggunakan nama Kristal X atau menyanyikan lagu lagu Kristal di dalam persembahan mereka.

Rody meminta Lan agar menghormati Kristal. Dan fokus kepada band masing masing.

Akhir sekali Rody memutuskan bahawa dia sudah tidak boleh bekerjasama dengan Lan Solo.

“Pada pandangan saya, kami sudah tidak boleh bekerjsama. Kalau sekadar berkawan, tiada masalah. Dan akhir sekali, tolonglah hormat saya, hormat Kristal dan rakan rakan saya,” tegasnya.

@rodykristal_

Penjelasan Ikhlas.. Tengok sampai habis dan fahamkan.. ini 1st and last Perutusan dari aku..

♬ original sound – Rody Kristal – Rody Kristal

Rody juga bertekad mahu meneruskan legasi band rock bersama dengan Kristal.