Azad Jasmin atau Pak Azad menimbulkan kontroversi apabila dia melabel ibu Tareq Fiq sebagai melakukan pekerjaan tidak bermoral iaitu sebagai GRO.
Tareq Fit terlibat dalam berita panas sekali lagi kerana kelantangannya dalam komen dan kontennya di media sosial.
Terbaru, tercetus pula isu Tareq Fit dengan penyampai radio selebriti, Azad Jasmin.
Ianya bermula apabila Tareq tampil menegur kandungan hiburan Azad yang didakwa tidak sesuai dan boleh memberi kesan negatif terhadap masyarakat.
Namun, situasi menjadi lebih tegang apabila perbualan tersebut didakwa mula melibatkan ahli keluarga.
Pak Azad bengang dengan tindakan Tareq Fit dan berlaku pertikaman lidah antara mereka di ruangan mesej peribadi.
Menurut perkongsian Tareq di Threads, dia meluahkan rasa kecewa apabila ibunya dijadikan bahan dalam pertikaian tersebut.
“Ini ke akhlak seorang artis yang korang support?

“Kurang ajar betul.

“Aku tegur pasal jangan tayang aurat orang rumah, jangan goyang goyang, kau dah tua, jangan rosakkan akhlak ummah, tiba-tiba dia libatkan mak aku dengan benda yang tak elok langsung,” tulis Tareq di Threads.

Tareq Fit menjelaskan bahawa dia bersyukur kerana rata rata rakyat Malaysia tidak menerima penghinaan ke atas ibunya yang dibuat oleh Pak Azad.
