Suku Akhir AFC Champions League Elite (ACL Elite) 2025/26: Al-Ahli lawan  Johor Darul Ta’zim (JDT) [17 April 2026, 10:45 malam]

Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung saingan elit bola sepak Asia melibatkan wakil negara iaitu JDT di Jeddah, Arab Saudi.

Suku Akhir ACL Elite 2025/26

Al-Ahli  lawan Johor Darul Ta’zim (JDT)

Sepak mula: 10:45 malam, 17 April 2026 (Jumaat)
Tempat: King Abdullah Sports City Stadium, Jeddah
Link Siaran Langsung: Astro Arena, Youtube AFC Hub (Akses VPN)

Astro Arena merupakan satu-satunya stesen televisyen tempatan yang mendapat hak penyiaran ACL Elite dimana pra-rancangan akan bermula jam 10.00 malam.

Jika tidak menyaksikannya di kaca televisyen, anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau langganan Sooka untuk menonton perlawanan menarik ini secara ‘Live Streaming’.

JDT tiba ke peringkat suku akhir dengan membawa satu pencapaian bersejarah menjadi kelab Malaysia pertama dalam era moden yang mara sejauh ini dalam saingan elit Asia.

Perjalanan mereka ke tahap ini bukan mudah, dengan beberapa keputusan penting di peringkat awal dan pusingan kalah mati yang membuktikan ketahanan mental serta disiplin taktikal skuad kendalian Xisco Munoz.

Kini, cabaran sebenar menanti apabila mereka perlu berdepan salah satu pasukan paling mahal dan paling berpengaruh di Asia.

Tambahan pula Al-Ahli bakal diperkuatkan dengan kehadiran pemain-pemain ternama dunia seperti Riyad Mahrez, Ivan Toney, Franck Kessie, Roger Ibanez dan Edouard Mendy.

Dari segi nilai skuad, pengalaman dan kedalaman pemain, Al-Ahli berada di kelas tersendiri. Namun dalam bola sepak, nama besar bukan jaminan mutlak di atas padang.

JDT dijangka bergantung kepada pendekatan taktikal yang kemas, disiplin bertahan serta serangan balas pantas.

Malah yang pastinya mencuri tumpuan adalah kelibat Arif Aiman Hanapi dapat disaksikan di Jeddah selepas pemain lincah itu sudah pulih daripada kecederaan hamstring yang dihadapinya pada 18 November tahun lalu.

ACL Elite adalah pertandingan yang melibatkan 24 kelab elit di Asia dan menawarkan wang hadiah lumayan sebanyak AS$10,000,000 (RM42,064,271.65) untuk juara manakala naib juara membawa pulang AS$4,000,000 (RM16,825,708.66).