Manchester City mencatat kemenangan penting 2-1 ke atas Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Etihad Stadium.

Ianya perlawanan penting dalam usaha kedua dua pasukan mahu menentukan siapakah juara EPL musim ini.

Tuan rumah bermula garang dan tidak menunggu lama untuk memecah kebuntuan. Tekanan awal City membuahkan hasil apabila mereka membuka jaringan pada minit ke-16 oleh Rayan Cherki.

Di mana pemain antarabangsa Peranccis itu menggelecek pertahanan Arsenal sebelum melepaskan percubaan tepat ke gawang.

Arsenal tidak mengambil masa lama untuk bangkit. Pasukan pelawat berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-18.

Ianya berpunca daripada kesilapan Donnarumma yang gagal melakukan hantaran dengan baik, dan dia telah ditekan oleh Kai Havertz untuk gol penyamaan.

Manchester City meningkatkan intensiti permainan mereka. Namun Arsenal berjaya mengimbanginya.

Manchester City akhirnya di hadapan sekali lagi pada minit ke-65, apabila Erling Haaland menggunakan kesempatan yang terhidang di hadapannya untuk merembat masuk.

Arsenal cuba untuk menyamakan kedudukan dalam usaha mereka mahu mengatasi City dari segi kelebihan dalam persaingan kejuaraan, namun gagal.

Tamat perlawanan Manchester City 2 Arsenal 1. Manchester City kini 3 mata di belakang Arsenal dengan 1 perlawanan dalam tangan.