Pada 22 Disember 2019, Mikel Arteta diumumkan sebagai pengurus Arsenal yang baharu telah mendapat perhatian ramai. Ada yang setuju ada yang kurang setuju.
Ramai yang kurang setuju kerana menurut mereka Arsenal perlukan pengurus yang sudah ada nama dan terbukti. Bukannya ‘budak’ mentah yang hanya ada ‘cv’ menjadi pembantu Pep Guardiola di Man City.
Bagi Guardiola, kehilangan Arteta bermakna dia kehilangan ‘side kick’-nya. Kerana Arteta menurutnya bukan sahaja pembantu. Dia adalah ‘otak’ keduanya di bilik persalinan Man City.
Mikel Arteta dan Arsenal
Mikel Arteta adalah bekas kapten Arsenal di bawah kendalian Arsene Wenger satu ketika dahulu. Ketika Wenger memiliki ramai bintang lain dan lebih banyak tersedia untuk bermain, Wenger tetap memilih Arteta.
Seorang pemain tengah yang dia beli dari Everton pada fasa akhir ‘peak’ kariernya. Arteta bukan pemain yang benar benar popular di Arsenal, apatah lagi legenda, dia jauh daripada semua itu.
Dia malah menjadi kapten yang dianggap ‘kapten tidak bermain’. Kerap bergelut dengan kecederaan dan kecergasan. Namun ada kualiti lain yang Wenger hargai dan orang lain tak nampak.
Peranan Arteta di dalam pasukan dan ketika di pusat latihan. Dia seorang pemain yang seringkali ‘dilantik’ Wenger menjadi pembantunya untuk mengendalikan sesi latihan.
Mikel Arteta ๐ค Arsene Wenger
The student has become the master. pic.twitter.com/c9Cu0RRTVF
— Telegraph Football (@TeleFootball) May 19, 2026
Wenger kerap mengarahkan Arteta menjadi pembantunya, ketika pemain itu tidak dapat bermain kerana isu kecederaan atau kecergasan. Ya! Wenger benar benar kagum dengan ilmu bola sepak Arteta dan pemahamannya tentang dunia kejurulatihan.
Kembali ke Arsenal
Jadi, kepulangannya pada Disember 2019 itu membuatkan Wenger menjadi antara yang pertama menyokongnya. Kerana dia tahu kualiti Arteta.
Arteta membawa misi mengeluarkan Arsenal dari lembah kekecewaan kepada kelab Arsenal yang pernah memenangi kejuaraan liga dahulu. Kembali mencabar trofi utama dan kembali ke UCL.
Bagi Arsenal Football Club, era pasca-Arsene Wenger menyaksikan tempoh transisi yang panjang, di mana identiti dan dominasi yang pernah menjadi tunjang kelab kian pudar.
Namun, kedatangan Mikel Arteta sebagai nakhoda pada Disember 2019 menandakan permulaan sebuah revolusi.
Sebuah revolusi yang, enam tahun kemudian, memuncak dengan pengangkatan trofi Premier League pada musim 2025/26, mengakhiri penantian 22 tahun sejak era ‘Invincibles’ 2003/04,
Fasa 1: Culture Reset
Arteta tiba di Emirates pada Disember 2019, mewarisi sebuah pasukan yang hilang arah dan bergelut dengan isu disiplin serta konsistensi.
๐ด๓ ง๓ ข๓ ฅ๓ ฎ๓ ง๓ ฟ๐ ๐ฎ๐ฌ/๐ญ๐ฎ/๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ตโฆ the first day of ๐ ๐๐๐๐ ๐๐ฅ๐ง๐๐ง๐ as Arsenal manager. pic.twitter.com/ujdO1zoFm8
— Rising Stars XI (@RisingStarXI) May 20, 2026
Mereka ada kapten berbakat namun kerapkali tidak serius dalam isu tanggungjawabnya sebagai kapten, Pierre-Emerick Aubameyang.
Kapten sebelumnya, Granit Xhaka pula baru mengancam mahu keluar kelab selepas insiden diboo peminat sendiri dan dia melemparkan ‘armband Arsenal’ di hadapan peminat.
Tugas pertamanya bukan sekadar memenangi perlawanan, tetapi untuk melakukan ‘cultural reset’ โ menanam semula nilai-nilai kelab dan menetapkan ‘non-negotiables’ yang tegas.
Walaupun bermula dengan cabaran besar, Arteta berjaya membimbing Arsenal meraih trofi FA Cup pada Ogos 2020, menewaskan Chelsea 2-1 di final, memberikan petanda awal potensi Arteta sebagai pengurus.
Fasa ini turut menyaksikan keputusan berani Arteta dalam menangani isu disiplin dengan pemain-pemain berprofil tinggi seperti Mesut Ozil, Matteo Guendouzi, dan Pierre-Emerick Aubameyang.
Pembersihan skuad ini, walaupun kontroversi pada masanya, adalah langkah penting untuk membina budaya pasukan yang lebih padu dan berdisiplin.
Aubameyang dilucutkan daripada jawatan kapten selepas beberapa kali lambat atau tidak hadir dalam taklimat pasukan. Untuk kes terakhir sebelum dia dipecat, Aubameyang ketika itu menjadikan alasan, ibunya yang tenat membuatkan dia lambat balik ke Arsenal.
Masalah ketika itu bukan isu empati atau kejam, namun Arteta tidak suka Aubameyang sudah berjanji dia akan kembali dan tidak menepatinya. Dan Aubameyang tidak memaklumkannya tentang perkara tersebut.
https://x.com/ArsenalNews_Hub/status/2032713185665454564
Ozil pula beberapa kali dianggap tidak sesuai dengan sistem permaiannya. Terutama sekali Ozil dikatakan tidak mahu melakukan pressing atau membantu bertahan.
Ini kerana Ozil sudah terbiasa dengan sistem di mana dia ‘dimanjakan’ sebagai no.10 elit.
Wenger pernah memberikan perbandingan kepada Arteta bahawa kalau pemain lain boleh membantu Ozil untuk melakukan tugasan pertahanan, pemain itu akan membalasnya dengan output dari segi kreativiti.
Arteta defends excluding Ozil โ pic.twitter.com/vMUGXkfT4X
— B/R Football (@brfootball) October 30, 2020
Namun Mikel Arteta tidak ada kompromi. Di Arsenal, 11 pemain menyerang, 11 pemain bertahan. Harus diakui isu kontroversi Ozil dan kelab selepas itu juga membawa kepada pemergian Ozil ketika isu taktikal masih terus membelenggu.
Guendouzi pula daripada pemain yang dianggap berpotensi oleh Arteta kepada pemain yang dalam senarai untuk dibuang kerana masalah disiplin.
Guendouzi beberapa kali mencabar polisi disiplin Arteta yang tipikal ‘non negotiable’. Dia pemain yang berbakat namun tak serius dalam isu pengurusan masa dan taktikal. Di atas padang dia kerap malas bertahan dan ‘track back’ ketika kehilangan bola.
Namun kemuncaknya apabila Guendouzi bergaduh dengan Neal Maupay. Guendouzi dilaporkan mengejek gaji pemain itu dan pemain Brighton lain yang tidak setaraf dengannya di Arsenal.
Matteo Guendouzi's Arsenal career 'is over' https://t.co/kFWNZnc9Zo pic.twitter.com/7IKoW3KKlO
— The Sun Football โฝ (@TheSunFootball) June 24, 2020
Fasa 2: ‘Trust the Process’
Pada fasa kedua, selepas pembersihan pemain yang dianggap tak boleh duduk dalam ‘sekolah’ Arteta, adalah proses membentuk cara bermain dan identiti Arsenal.
Dengan asas budaya yang lebih kukuh, Arteta beralih kepada fasa pembinaan semula skuad, dengan tumpuan kepada pelaburan jangka panjang terhadap bakat muda.
Pemain-pemain seperti Bukayo Saka, Emile Smith Rowe, Gabriel Martinelli, Martin รdegaard, Aaron Ramsdale, dan Ben White menjadi tunjang utama pasukan. Fasa ini seringkali dilabelkan sebagai era ‘Trust the Process’, di mana peminat diminta bersabar dengan pembangunan pasukan yang masih mentah.
Dia mengekalkan Granit Xhaka, kerana dia perlukan kepimpinan pemain itu dan juga kualiti permainannya sebagai no.6 dalam sistem baharu mereka. Xhaka yang awalnya sudah memutuskan nak pergi ke Jerman, terus membatalkan niatnya dan setuju kekal bersama Arteta.
Granit Xhaka revealed how Mikel Arteta was the one who helped him stay at Arsenal โค๏ธ pic.twitter.com/zRj0cXabj8
— ESPN UK (@ESPNUK) December 20, 2023
Musim 2021/22 menyaksikan Arsenal terlepas slot Top 4 pada saat-saat akhir kepada musuh tradisi, Tottenham Hotspur. Namun Arteta kekal mengingatkan peminat untuk bersabar dan percayakan proses.
Ini fasa sangat penting untuk peminat faham apa yang sedang berlaku. Arteta sedang memberitahu pemain cara dia mahu pemain bermain.
Jika ada pemain tak suka taktikalnya, boleh cari kelab lain. Sebelum ini dia dah uruskan isu disiplin di bilik persalinan dan padang latihan, sekarang disiplin dalam padang permainan.
Bagaimana cara bermain dengan binaan dari bawah. Tak perlu takut untuk bermain hantaran dari bawah from the back. Banyak kesilapan berlaku pada fasa awal. Peminat mengkritik, namun Arteta mempertahankan pemainnya.
Jangan hanya kerana dikecam, pemain terus lambungkan bola. Mereka mendapatkan Aaron Ramsdale sebelum itu dengan harga mahal kerana aspek ball playing. Dan kemudian digantikan dengan David Raya yang dianggap lebih ‘all rounder’ lebih bagus dari segi penyelamatan dan ball playing.
BREAKING: Arsenal have reached an agreement to sign David Raya, here we go! Deal agreed with Brentford after personal terms last week ๐จ๐ดโช๏ธ
Documents being prepared between the clubs, medical to be booked this week.
Raya only wanted #AFC move. pic.twitter.com/s3HOeogH3y
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 8, 2023
Musim 2022/23 pula menyaksikan Arsenal mendahului liga untuk tempoh yang lama, sebelum akhirnya dipintas oleh Manchester City di penghujung musim, menamatkan kempen sebagai naib juara.
Pengalaman pahit ini, walaupun mengecewakan, adalah pembelajaran berharga yang mematangkan pasukan. Ketika ramai mulai meminta Arteta dipecat, pengurus itu terus mendapat sokongan daripada pemilik kelab terutama sekali Josh Kroenke.
Fasa 3: Evolusi & Kematangan Dan Kehadiran Andrea Berta
Pengalaman dua musim sebelumnya membentuk Arsenal menjadi pasukan yang lebih matang dan berdaya saing. Arsenal bukan sahaja mahu kompetitif di atas padang, mereka juga mahu kompetitif di bursa perpindahan.
Arsenal mahu menjadi ‘pemain’ serius dalam persaingan di bursa perpindahan. Sebab itulah Berta dilantik.
Pembelian pemain berkaliber seperti Declan Rice (dengan rekod kelab) dan Kai Havertz pada musim panas 2023 menambah kekuatan dan kedalaman skuad.
Arsenal terus menjadi pencabar utama, menamatkan musim 2023/24 dan 2024/25 sebagai naib juara Premier League secara berturut-turut
Fasa ini juga menyaksikan perubahan penting di belakang tabir. Pada akhir 2024, Edu Gaspar meletak jawatan sebagai Pengarah Sukan, dan tempatnya digantikan oleh Andrea Berta.
๐จ While Edu Gaspar was a charismatic figure who unified the departments, Andrea Berta is a more low-profile & reserved presence around Arsenal. Some staff members have not found that change to be straightforward, and Colney is a quieter place. โ [@SamJDean] pic.twitter.com/Tkxdb56bGu
— DailyAFC (@DailyAFC) March 21, 2026
Kedatangan Berta membawa dimensi baharu dalam strategi perpindahan, dengan pendekatan yang lebih agresif dan efisien dalam mendapatkan sasaran utama
Dengan Andrea Berta sebagai arkitek perpindahan dan Arteta sebagai maestro taktikal, Arsenal memasuki musim 2025/26 dengan skuad yang lebih lengkap dan seimbang.
Perpindahan ‘masterstroke’ seperti Viktor Gyokeres, Martin Zubimendi, dan Piero Hincapie melengkapkan kepingan teka-teki yang diperlukan untuk mencapai puncak
Pada 19 Mei 2026, Arsenal secara rasmi dinobatkan sebagai juara Premier League, mengakhiri penantian 22 tahun dan menandakan kembalinya mereka ke puncak bola sepak Inggeris.
Fasa 3: DNA Permainan
Arteta tidak kemaruk mahu menjadikan Arsenal bermain seperti era Wenger. Dia ada idea dia tersendiri. Dia juga tidak mahu Arsenal bermain seperti Man City walaupun dia sukakan sistem dengan permainan gaya build up yang sama.
Arteta membina taktikal yang mementingkan mencari kestabilan dahulu di atas padang, baru fikir untuk membina serangan. Selagi lagi bahagian belakang tidak stabil, Arsenal tidak akan tergopoh gapah mengaktifkan positional play di zon serangan.
Sebab itu, Arteta seringkali dianggap pengurus yang pragmatik. Dia sebenarnya lebih kepada mahukan struktur dibina dahulu baru fikir tentang tempo dan pergerakan.

Di bawah Arteta, Arsenal telah berevolusi menjadi sebuah pasukan yang mengamalkan falsafah ‘Positional Play’ dengan nuansa tersendiri, disesuaikan dengan kualiti pemain dan tuntutan fizikal Premier League.
Formasi asas 4-3-3 atau 4-2-3-1 seringkali menjadi titik permulaan, namun ia adalah sebuah struktur yang sangat fluid, berubah bentuk mengikut fasa permainan โ dari fasa membina serangan (build-up), fasa menyerang di sepertiga akhir, hingga fasa transisi bertahan.
Evolusi taktikal Arteta mencapai kemuncaknya, dengan Declan Rice diberikan peranan yang lebih menyerang dan box to box, Martin Zubimendi mengawal tempo di tengah, dan gandingan pertahanan Gabriel-Saliba menjadi antara yang terbaik di dunia setelah bertahun tahun bermain bersama.
Gabriel and Saliba after Arsenal win. โค๏ธ๐ค pic.twitter.com/A9F85hQcVh
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 10, 2026
Fullback, Riccardo Calafiori di kiri, seringkali beroperasi sebagai ‘inverted fullbacks’ dalam fasa build-up, bergerak ke ruang tengah untuk menambah jumlah pemain di bahagian tengah dan membantu dalam hantaran bola.

Ini membebaskan pemain sayap seperti Bukayo Saka dan Leandro Trossard untuk kekal melebar atau bergerak ke ‘half-space’.
Tidak lupa juga dengan peningkatan kualiti David Raya yang berjaya memenangi Anugerah Sarung Tangan Emas EPL buat kali ketiga berturut turut.
Seterusnya, Arteta menggunakan senjata tambahan dengan kualiti bola mati/ setpis. Arteta melantik Nicolas Jover sebagai jurulatih bola mati. Jover malah automatik akan memegang kuasa setiap kali bola mati dan Arteta cuba berada di belakangnya, menghormati kuasa Jover.
๐จ Interesting Detail
Nicolas Jover, who serves as set-piece coach at Arsenal, reportedly has a performance related clause in his contract.
The agreement includes a bonus payment every time Arsenal score from a set-piece situation highlighting the clubโs strong emphasis on deadโฆ pic.twitter.com/sjMUcVlpjA
— MatchDay Central (@MatchDCentral) March 2, 2026
Hasilnya, Arsenal meraih gol daripada bola mati terutama sekali sepakan penjuru dengan sangat banyak. Ia membantu mereka untuk menang terutama sekali dalam perlawanan yang mereka sukar untuk memecahkan ‘low block’ lawan.
Mereka turut memiliki banyak opsyen permainan di serangan, sama dengan no.10 atau dengan sistem tanpa no.10 iaitu dengan nombor 8.
Eze dan Odegaard boleh bermain dua peranan itu dengan berkesan. Di bahagian serangan atas, mereka boleh memilih sistem false 9 -Havertz – atau dengan no.9 iaitu Gyokeres.
Kai Havertz in his last four games for Arsenal: โฝโฝ๐
Coming in clutch when they need him most. pic.twitter.com/epgbKecLVi
— B/R Football (@brfootball) May 18, 2026
Ketika bertahan, Arsenal di bawah Arteta mengamalkan ‘high press’ yang intensif, walaupun pada musim 2025/26, lawan lebih cenderung untuk duduk dalam ‘low block’ dan lebih pragmatik berbanding menekan tinggi.
Namun Arteta tak peduli dengan kritikan ke atasnya. Yang penting ada hasilnya.
Semuanya menjadi autopilot kerana pemain tahu apa yang mereka harus lakukan. Apa disiplin taktikal yang mereka sedang mainkan.
Fasa 5: Menuai Hasil – Juara EPL (2025/2026)
Semua elemen ini bersatu padu, menghasilkan sebuah pasukan yang dominan dan konsisten. Semua elemen ini bersatu padu, menghasilkan sebuah pasukan yang dominan dan konsisten.
Dan pada awal pagi 20 Mac waktu Malaysia, Arsenal menjuarai Premier League 2025/26.
Ia bukan sekadar hasil daripada satu musim yang cemerlang, tetapi adalah kemuncak kepada sebuah projek jangka panjang yang dibina atas dasar visi yang jelas, strategi perpindahan yang berani, dan evolusi taktikal yang berterusan.
Arsenal in the Premier League this season ๐ด๐
๐ฅ Most points (82)
๐ฅ Most clean sheets (19)
๐ฅ Most clean sheets in a row (4)
๐ฅ Fewest goals conceded (26)
๐ฅ Fewest shots conceded per game (8.2)
๐ฅ Most set-piece goals (22)
๐ฅ Most headed goals (16)
๐ฅ Most goals scored fromโฆ pic.twitter.com/bnyggWIeJB— WhoScored (@WhoScored) May 20, 2026
Mikel Arteta, dengan sokongan padu dari individu seperti Andrea Berta, telah berjaya membentuk sebuah pasukan yang bukan sahaja memenangi trofi, malah telah mengembalikan identiti dan kebanggaan kepada kelab.