Legenda Brazil, Romario telah melabel semua penyerang Brazil yang dipanggil Ancelotti ke Piala Dunia 2026 sebagai sampah kecuali Rapinha.

Romario terkenal dengan sikapnya yang suka menyuarakan pandangan panas dan kontroversi.

Berikut adalah senarai penyerang yang dipanggil Ancelotti untuk Piala Dunia kali ini termasuk legenda hidup, Neymar. Pemain lain termasuk:

– Matheus Cunha
– Luiz Henrique
– Gabriel Martinelli
– Endrick
– Raphinha
– Rayan
– Igor Thiago
– Vinicius Jr

Romario melabel hanya Raphinha yang bagus, sementara yang lain adalah sampah termasuk dengan Neymar dan Vini Jr.

Romario berpendapat, Raphinha wajib berada dalam kesebelasan utama dan bergandingan dengan dua lagi penyerang sampah.

“Raphinha sahaja yang bagus. Yang lain itu sampah.

“Sebab itu Raphinha wajib berada dalam kesebelasan utama, gandingkan dia dengan dua orang lagi penyerang penyerang sampah itu.”

Komen itu mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang setuju Raphinha pemain yang bagus, namun pemain seperti Vinicius adalah bakat berkelas dunia.

Seterusnya, pemain pemain lain juga dianggap bukanlah taraf sampah. Igor Thiago sedang dalam prestasi terbaik di EPL. Matheus Cunha juga boleh dikatakan agak cemerlang sejak Michael Carrick mengambil alih di Man United.