Dalam era di mana jumlah pengikut menentukan ‘kuasa’, sempadan di antara hak pengguna dan ketaksuban peminat semakin kabur.
Hanya kerana secebis ulasan jujur dan rating yang rendah, seorang individu telah menjadi mangsa kecaman teruk oleh pengikut setia seorang content creator.
Bermula dari satu hantaran ringkas di platform Threads, sebagai pelanggan yang sudah kedai makan yang dikendalikan oleh seorang pencipta konten terkenal, dia mendapati secara keseluruhannya ia agak biasa-biasa sahaja dari segi rasa dan tidak mencapai tahap autentik yang sebenar.
Walaupun majoriti juadah yang dipesannya mendapat rating yang rendah, ada sebahagian menu seperti sambal tempoyak dan minuman kopi santan yang berjaya menawan hatinya kerana benar-benar sedap.
Maka, dia menyimpulkan kedai makan itu hanya terletak pada hype semata-mata namun gagal mencapai jangkaan yang diharapkan.
Bahkan, ulasan-ulasan  pelanggan sebelum ini boleh ditemui secara meluas di Threads yang berkongsi ulasan ketidak puasan hati dengan harga yang dibayar namun sering kali mendapat kecaman dari kalangan peminat pencipta kandungan tersebut.
Lebih teruk lagi, ada yang mendakwa ia sebagai cubaan untuk menjatuhkan kredibiliti.
Oleh sebab itu, sebahagian netizen bersetuju jika kalau sebarang kedai yang dinaungi oleh pencipta kandungan sangat sukar untuk dikritik.
Mereka percaya kedai berkenaan mendapat sambutan meriah dek kerana mempunyai jumlah pengikut yang besar dan bukannya terbukti sebab kesedapan sendiri.
“Orang pergi sebab nama. Akhirnya nak komen jujur kene kecam or komen murni2 menipu diri sendiri. Begitulah fitrahnya. Kisah kedai content creator.”
Dalam pada itu, sebahagian pelanggan mengakui ulasan sedemikian bukanlah berniat untuk menjatuhkan seseorang tetapi mahu melihat sesebuah kedai itu melakukan penambah baikan dan berjaya di dalam bisnes untuk jangka masa panjang.
Walaupun ramai mendakwa mereka tidak akan kembali ke kedai berkenaan, mereka tetap meletakkan harapan besar agar ada penambah baikan dari segi kualiti makanan yang menjadikan setiap kali pembelian berbaloi dengan harga yang ditawarkan.