Pemain gitar Search yang bertaraf legenda, Hillary Ng meminta influencer yang membuat konten tentang band mereka agar menyemak fakta terlebih dahulu sebelum memuat naik konten mereka.

Baru baru ini seorang influencer telah mendedahkan cerita yang dianggap tidak berasas menyatakan bahawa Search adalah berasal daripada pecahan kumpulan Flash.

Dan influencer tersebut medakwa pelakon legenda, Susan Lankester pernah menjadi pemain kibod Search serta mendakwa bahawa kumpulan Search pernah tidur dalam stor.

@radiotelevisyenmalaysia

Replying to @_hafizhabib Kemenangan berganda buat aktress Susan Lankester. Beliau yang baru memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Asian Academy Creative Awards (AACA) 2024 2 hari lalu kini menjulang trofi Pelakon Wanita Terbaik di FFM ke-33 menerusi filem Rain Town. #FestivalFilemMalaysia2024 #FFM33 #EvolusiSinemaMalaysia #FilemKitaCitraKita

♬ original sound – RTM Malaysia Official – RTM Malaysia Official

Dipetik daripada laporan laman Facebook Brader Rockers, Hillary pantas menafikan kenyataan itu. Beliau berkata: “Search tak pernah ada pemain keyboard. Kalau ada pun, Lord Lokman selama 2 bulan.

“Search BUKAN DARI FLASH. Aku tak pernah dengar nama Flash. Ini kali pertama aku dengar nama Flash. Search sebuah kumpulan yang lahir di Kuala Lumpur, diasaskan oleh saya sendiri Zainal, Daud dan Yazit di Red Rooster.

“Jangan sebarkan berita palsu tentang Search, kalau tak ada kepastian, jangan ‘post’ di meedia sosial. Jangan memandai-mandai. Carilah cerita lain untuk dikongsikan. Kenapa mereka ini mahu menukar sejarah?”

Hillary menambah: “Semua orang boleh buat konten, tetapi janganlah sampai tambah nasi tambah lauk benda yang tidak betul semata-mata untuk ‘traffic flow’ di tiktok atau Facebook dan semata mata mencipta kontroversi.

“Tolong jangan ubah sejarah. Mana datang pula info pasal Susan ini? Dan cerita bahawa kita tidur dalam stor?”

Hillary Ng
Foto: FB

Menurut laman Brader Rockers, yang menegur influencer tersebut, ini bukanlah kali pertama dia membuat konten yang menyinggung legenda rock.

Sebelum ini dia turut tersilap gambar arwah Harun BPR dengan Harun Jesnita. Perkara itu sudah ditegur oleh anggota kumpulan Exists sendiri, namun tidak diendahkannya.