Bintang senior Jerman, Joshua Kimmich menyatakan bahawa dia tidak mahu lagi mengulangi perbuatan mereka ketika di Piala Dunia Qatar yang lalu.
Di mana ketika itu pasukan Jerman menggunakan padang bola sepak menjadi pentas mengkiritik politik negara tersebut.
Kimmich dan rakan rakannya telah berdiri dengan baju bertulus: ‘Hak asasi manusia’.
Dan kemudian mereka turut menutup mulut sebagai tanda protes kepada undang undang di Qatar yang melarang kebebasan jantina dan kebebasan hubungan songsang.
Kini, Kimmich sedar bahawa, isu berkaitan politik dan dasar sesebuah negara itu adalah perkara yang bukan dalam bidang kuasa mereka sebagai pemain bola sepak.
Kimmich bertekad tidak akan melakukan perkara yang sama ketika di Amerika Syarikat nanti. Walaupun negara AS ketika ini mendapat kecaman daripada ramai pihak kerana pencabulan secara diplomatik dan ketenteraan ke atas negara lain.
Kimmich berkata: “Mempunyai tiada pendapat tentang sesuatu perkara bukanlah jalan penyelesaiannya. Setiap daripada kita pastinya mempunyai pendirian peribadi dalam topik-topik tertentu, dan saya juga mempunyai nilai-nilai tertentu yang saya pegang.
Germany NT players in 2021 protesting against the Qatar World Cup👇🏽 https://t.co/hWO3xtu7Bb pic.twitter.com/hJpxWqng2d
— Leyla Hamed (@leylahamed) May 29, 2026
“Namun pada masa yang sama, sukar untuk menyatakan pendapat ini atas kapasiti sebagai seorang pemain bola sepak atau kapten pasukan kebangsaan.
“Hanya kerana anda mempunyai pendapat, ia tidak menjadikan anda seorang pakar. Ia adalah tanggungjawab ahli politik atau persatuan untuk mengambil pendirian dalam topik sebegini.
“Situasi politik, terutamanya, sering kali sukar untuk dinilai – malah bagi individu yang mengendalikannya secara profesional.
“Tanggapan bahawa kami sebagai pemain boleh menyelesaikan masalah ini atau mengubah apa-apa mengenainya adalah satu jangkaan yang salah.”
Kimmich mengakui dia merasakan perbezaan di dalam bilik persalinan yang ada sekarang dengan ketika Piala Dunia 2022.
Kimmich berkata: “Sekarang bila anda berada di bilik persalinan, anda benar-benar rasa seperti ada sebuah pasukan. Dulu, kadang-kadang saya rasa ada pemain yang datang ke skuad kebangsaan dan hanya fikir tentang diri sendiri.
“Sekarang, saya rasa setiap pemain benar-benar mahu kami berjaya sebagai satu pasukan. Menjadi sebahagian daripada skuad kebangsaan bukan lagi sesuatu yang boleh dianggap biasa — ia sesuatu yang istimewa.
“Dan memang begitu sepatutnya.”