Pertembungan hebat di Budapest kini sedang membara. Pada petang Sabtu jam 12 tengah malam waktu Malaysia atau 12 pagi waktu Malaysia, juara bertahan Liga Juara-Juara, Paris Saint-Germain, dan pencabar utama, Arsenal, bakal merebut trofi perlawanan akhir musim 2025-26 di Puskas Arena.
Skuad bimbingan Luis Enrique bertekad untuk menjadi pasukan Perancis pertama yang memenangi Piala Eropah secara berturut-turut (back-to-back). Sementara itu, The Gunners pula berusaha untuk memahat nama mereka pertama pada trofi berprestij ini. Ianya selepas kegagalan 20 tahun lalu mereka dalam final.
PSG yang kuat secara berpasukan
Sebelum ini Luis Enrique pernah menyatakan bahawa ketiadaan Mbappe akan menjadikan PSG lebih kuat secara berpasukan. Dan ianya benar benar berlaku. 2 musim berturut turut mereka layak ke final UCL dengan pemain pemain mereka masing masing bebas mengekespresikan diri mereka, tanpa terlalu bergantung kepada seorang bintang besar.
Mengutamakan kebersamaan pasukan berbanding nama-nama besar, Luis Enrique—pengumpul trofi tegar yang kini berpeluang menyertai Carlo Ancelotti, Pep Guardiola, Bob Paisley, dan Zinedine Zidane sebagai pengurus kelima yang memenangi tiga Piala Eropah—walaupun melalui fasa pusingan awal liga yang agak hambar dengan sekadar mengutip 14 daripada 24 mata maksimum.
Bagaimanapun, PSG mempamerkan taring sebenar mereka apabila memasuki pusingan kalah mati.
Monaco, Chelsea, Liverpool, dan yang terbaru Bayern Munich, semuanya telah ditumbangkan oleh juara bertahan Eropah itu.
Tidak mengejutkan apabila mereka mendahului carta gol UCL musim ini dengan 44 gol—hanya kurang satu gol untuk menyamai rekod sepanjang zaman yang dicipta oleh pasukan Barcelona pada musim 1999-00.
Ahead of the #UCLFinal 📊#PSG player importance this season.
From goals and xG to progressive runs, penalty-area entries and dribbles, these are the key contributors shaping PSG’s campaign.#UCL #PSGAFC #PSGARS pic.twitter.com/5BtIRCB9nB— footballytics | change the ǝɯɐƃ (@footballytics_) May 30, 2026
Hanya sekali PSG gagal menjaringkan gol dalam Liga Juara-Juara 2025-26—iaitu ketika keputusan seri tanpa jaringan yang membosankan menentang Athletic Bilbao pada bulan Disember.
Selepas itu, mereka berjaya meledak lebih daripada satu gol dalam tujuh daripada lapan perlawanan kalah mati, sebelum rekod tersebut terhenti apabila terikat 1-1 dalam aksi timbal balik separuh akhir menentang Bayern Munich.
Sebagai pasukan yang dinamakan sebagai ‘tuan rumah’, PSG mengakhiri musim Ligue 1 2025/26 dengan nota duka selepas tewas 2-1 kepada Paris FC.
Namun, kejuaraan liga yang sememangnya menjadi kewajiban mereka telah pun disahkan lebih awal. Gol pembukaan daripada Bradley Barcola dalam perlawanan tersebut juga bermakna PSG menuju ke Budapest dengan rekod luar biasa: sentiasa menjaringkan gol dalam 27 perlawanan berturut-turut.
Perlawanan hari Sabtu ini menandakan aksi final Liga Juara-Juara pertama antara dua juara domestik sejak musim 2019/20, apabila PSG ditewaskan 1-0 oleh Bayern Munich dalam stadium tertutup—satu petanda yang memberi harapan buat penyokong Arsenal yang mempercayai ramalan atau tuah.
Perjuangan The Gunners
Sangat simbolik apabila The Gunners bakal memperjuangkan kegemilangan Eropah menentang Paris Saint-Germain dua dekad selepas kekecewaan mereka di ibu negara Perancis.
Pada waktu itu, layangan kad merah Jens Lehmann, kegagalan mengesan kedudukan offside Samuel Eto’o, dan gol kemenangan Juliano Belletti menyaksikan Barcelona menakluk benua Eropah, sekali gus mengecewakan Arsene Wenger yang sangat kecewa.
The last time Arsenal were in a #UCL final.
Paris. May 17, 2006. Thierry Henry leading the line at the Stade de France.
They lost 2-1 to Barcelona. The shirt came home without the trophy.
Twenty years later it returns.
Different city. Different generation.
Budapest on Saturday. pic.twitter.com/JRa3XIoAj4— KitsLore (@KitsLore) May 28, 2026
Pengurus tersohor dari Perancis itu meninggalkan Emirates tanpa pernah menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah.
Namun, anak didiknya, Mikel Arteta, kini hanya berada 90 minit sahaja lagi untuk meraih gelaran berganda (double) Piala Eropah dan Liga Perdana Inggeris—satu pencapaian yang sebelum ini hanya pernah dilakukan oleh Liverpool (dua kali), Manchester United (dua kali), dan Manchester City.
Walaupun ada segelintir pihak menganggap Arsenal melalui laluan lebih mudah ke Budapest, namun, juara Premier League itu mendapat kelebihan di laluan undian yang lebih mudah hasil daripada persembahan tanpa kalah mereka dalam fasa liga, sebelum mengetepikan cabaran Bayer Leverkusen, Sporting Lisbon, dan Atletico Madrid dalam perjalanan ke Hungary.
Arsenal in the Premier League this season:
🥇 Most points (85)
🥇 Most wins (26)
🥇 Most goal difference (+44)
🥇 Most clean sheets (19)
🥇 Most clean sheets in a row (4)
🥇 Most set-piece goals (23)
🥇 Most headed goals (16)
🥇 Most WhoScored MOTM awards (29)
🥇 Fewest losses… pic.twitter.com/ffVOH728Eg— WhoScored (@WhoScored) May 24, 2026
Mereka juga sentiasa bermain di tempat sendiri untuk aksi kedua kalah mati, sebagai habuan kepada kedudukan pertama di dalam fasa liga.
Ini kerana format UCL memberikan kelebihan perlawanan kedua di home pasukan yang berada di kedudukan lebih baik dalam fasa liga.
Arenal masih belum tewas di Eropah musim ini, Arsenal menjadi pasukan pertama yang mengharungi 14 perlawanan tanpa kalah dalam satu musim kempen Liga Juara-Juara.
Should Arsenal win Saturday's #UCL final, they will set a new record for winning the most matches in a Champions League season – surpassing Bayern's 11 wins from the 2019/20 season 🎁
Only 12 clubs have dared to go a title-winning season unbeaten, and the Gunners could become… pic.twitter.com/4mFXtI2BA3
— TELBET (@TelbetPromos) May 29, 2026
Sepanjang tempoh itu, mereka juga mencatatkan sembilan rekod bersih (clean sheet)—hanya kurang satu daripada rekod bersama mereka pada musim 2005/06 dan Real Madrid pada musim 2015/16.
Kemenangan 2-1 Arsenal dalam aksi Premier League menentang Crystal Palace hujung minggu lalu—yang disusuli dengan upacara menjulang trofi yang sekian lama dinantikan—turut menandakan kemenangan kelima berturut-turut mereka dalam semua kejohanan.
Walaubagaimanapun, enam daripada tujuh kemenangan terakhir mereka dicatatkan dengan perbezaan satu gol sahaja, kecuali kemenangan 3-0 ke atas Fulham yang ketika itu dilanda masalah kecergasan.
Arteta sememangnya pernah mencetak kemenangan dengan perbezaan dua gol ke atas PSG dalam fasa liga UCL tahun lalu, walaupun selepas itu skuad Enrique menyingkirkan Arsenal di peringkat separuh akhir.
Setahun kemudian, satu kucupan pada trofi Liga Juara-Juara bakal menjadi pembalasan dendam yang paling manis untuk Arteta ke atas bekas kelabnya sendiri itu.
Prestasi Semasa Pasukan
Prestasi Paris Saint-Germain dalam Liga Juara-Juara:
M – M – M – M – M – S
Prestasi Paris Saint-Germain (Semua Kejohanan):
M – S – S – M – M – K
Prestasi Arsenal dalam Liga Juara-Juara:
S – M – M – S – S – M
Prestasi Arsenal (Semua Kejohanan):
S – M – M – M – M – M
Perkembangan pasukan
PSG
Pengurus PSG, Enrique, mempunyai kelebihan untuk merehatkan beberapa pemain utama pada hari terakhir musim Ligue 1. Malangnya, keputusan beliau untuk tetap menurunkan Ousmane Dembele memakan diri apabila pemenang Ballon d’Or itu terpaksa dikeluarkan seawal minit ke-27 akibat kecederaan betis.
Bagaimanapun, pertukaran pemain Perancis itu hanyalah langkah berjaga-jaga, dan Enrique menegaskan bahawa Dembele akan cergas untuk mengetuai jentera serangan bersama Desire Doue dan Khvicha Kvaratskhelia dalam gandingan tiga penyerang Les Parisiens yang sangat berbisa.
Pemain pertahanan kiri, Nuno Mendes, juga dijangka pulih daripada kecederaan paha tepat pada waktunya untuk berada dalam kesebelasan utama (starting XI).
Rakan pertahanan bek sayap, Achraf Hakimi, turut pulih daripada kecederaan hamstring ringan yang dialaminya ketika menentang Bayern, namun kedudukannya sebagai kesebelasan utama masih belum pasti.
Oleh itu, Warren Zaire-Emery berkemungkinan besar akan menggalas tugas sebagai pertahanan kanan kecemasan buat juara Perancis itu. PSG mungkin masih kehilangan Lucas Chevalier (cedera paha), tetapi Matvey Safonov telah mengukuhkan kedudukannya selaku penjaga gol nombor satu pilihan Enrique.
📋 Notre groupe pour la finale ! ⚔️🔴🔵#UCL pic.twitter.com/b7LLt92xFC
— Paris Saint-Germain (@PSG_inside) May 29, 2026
Arsenal
Di kem Arsenal, pemain pertahanan kanan pilihan utama kedua-dua pasukan mungkin terpaksa sekadar menjadi penonton pada hari Sabtu ini. Jurrien Timber masih belum beraksi sejak sebelum cuti perlawanan antarabangsa Mac lalu akibat kecederaan pangkal paha yang lebih serius daripada dijangkakan.
Pemain sandaran, Ben White (cedera lutut) sememangnya sah akan terlepas aksi, tetapi Arteta mendedahkan dalam sidang akhbar sebelum perlawanan bahawa Timber sudah cergas untuk diturunkan.
Namun begitu, penyokong Arsenal sudah masak untuk tidak mempercayai sepenuhnya maklumat kecederaan yang sering dirahsiakan oleh pengendali dari Sepanyol itu.
Eksperimen meletakkan Declan Rice di posisi pertahanan kanan menemui kegagalan ketika menentang West Ham United, jadi Cristhian Mosquera mungkin berdepan tugas berat untuk menyekat Kvaratskhelia sekiranya Timber—yang telah dipanggil menyertai skuad Piala Dunia Belanda—tidak diambil risiko untuk beraksi sejak awal permainan.
🚨 Côté Arsenal, Jurriën Timber devrait selon toute vraisemblance démarrer à droite. 🔙
Pour rappel, le latéral néerlandais, qui revient d'une blessure à la cheville, n'a plus joué depuis le 14 mars dernier.
Ben White étant out, si Mikel Arteta estime Timber encore trop juste,… pic.twitter.com/Dw67wPqPeF
— Le Meilleur du PSG (@LMDPSG) May 29, 2026
Pemain sayap, Noni Madueke, juga dijangka dapat mengatasi masalah kecederaan hamstring ringan tepat pada masanya untuk aksi final, namun pemain England itu berkemungkinan besar akan digugurkan bagi memberi laluan kepada rakan senegaranya, Bukayo Saka, pada hujung minggu ini.
Ramalan Susunan Pemain
Paris Saint-Germain (4-3-3):
Safonov; Zaire-Emery, Marquinhos, Pacho, Mendes; Neves, Vitinha, Ruiz; Doue, Dembele, Kvaratskhelia
Arsenal (4-2-3-1):
Raya; Mosquera, Saliba, Gabriel, Hincapie; Lewis-Skelly, Rice; Saka, Odegaard, Trossard; Gyokeres
Sebelum wisel
Istilah klise mengenai “serangan yang tidak boleh disekat menentang pertahanan yang tidak boleh ditembusi” amat sesuai menggambarkan perlawanan ini, di mana pasukan penjaring terbanyak Liga Juara-Juara bakal menguji kubu pertahanan terbaik kejohanan.
Jentera serangan Les Parisiens yang digeruni pastinya akan berdepan ujian paling getir setakat ini. Dengan hanya mencatatkan lima rekod bersih di UCL sepanjang musim, benteng pertahanan Enrique sendiri sebenarnya bukanlah tidak boleh ditembusi.
Bagaimanapun, melihat kepada kualiti Kvaratskhelia yang akan berdepan Mosquera yang kurang berpengalaman atau Timber yang hanya berada pada tahap 70% cergas merupakan perkara yang membimbangkan buat penyokong Arsenal.
Apapun, Arsenal musim ini membuktikan bahawa mereka sebenarnya sangat kuat untuk berdepan dengan masalah squad depth yang kerap membelenggu mereka dalam beberapa musim lalu.