Legenda England, Micheal Owen mendedahkan bahawa rekrut baharu Arsenal, Viktor Gyokeres sudah melakukan kesilapan besar di Arsenal sebelum membuat penampilan sulung dalam kancah English Premier League (EPL) 2025/26.
Penyerang kelahiran Sweden itu menamatkan penantian panjang Arsenal untuk mendapatkan khidmatnya dari Sporting CP dengan nilai perpindahan berjumlah hampir £64 juta.
Baca Juga:
- Analisis: Viktor Gyokeres Serpihan ‘Puzzle’ Terakhir Arteta Untuk Arsenal Julang EPL

- Belum Pun Rasmi Sertai Arsenal, Peminat United Sudah Buat Kompilasi ‘One Touch’ Teruk Gyokeres

- Sporting Lisbon Menawarkan Gyokeres Kepada Real Madrid Namun Ditolak
Kehadiran Gyokeres dapat menjadi ‘puzzle’ terakhir buat Mikel Arteta untuk memastikan kejuaraan EPL musim ini menjadi milik Arsenal bersandarkan kepada statistik menarik dijelmakan penyerang tersebut.
Namun, Owen yang pernah memenangi gelaran Ballon d’Or 2001 melihat Viktor Gyokeres sudah membuat satu kesilapan besar pada hari pertamanya bersama The Gunners.
Viktor Gyokeres Taruhan Utama Arsenal
“Tekanan terhadapnya memang luar biasa kerana Arsenal sudah lama perlukan seorang penyerang utama dan tiba-tiba kini mereka dah dapat seorang.”
“Semua orang rasa inilah kepingan terakhir yang hilang dalam ‘jigsaw puzzle’ mereka,” ujar Owen menurut sumber laporan Sport Bible.
“Kemudian dia pula ambil jersi nombor 14, yang menambahkan lagi beban tekanan, sebab secara tak langsung dia berada dalam bayang-bayang Thierry Henry.”
“Kalau dia menjadi dan bermain dengan baik, maka Arsenal akan kembali jadi pencabar serius. Tapi kalau tidak, saya tak nampak pasukan lain selain Liverpool.”
Kehadiran Gyokeres jelas amat dinantikan para peminat Arsenal apabila jualan jersi pemain tersebut melonjak naik hingga menyebabkan laman sesawang kelab tersebut ‘crash’.
Berdasarkan statistik, Viktor Gyokeres telah menjaringkan 97 gol dalam 102 penampilan dua musim bersama Sporting CP.