Bekas pemain Belanda, Rafael van der Vaart melabel salah seorang pemain England sebagai tidak berguna selepas pasukan itu tewas kepada Sepanyol dalam perlawanan akhir UEFA Euro 2024 awal pagi tadi.
Nico Williams membuka tirai jaringan bagi Sepanyol dan Cole Palmer kemudiannya muncul untuk menyamakan kedudukan. Mikel Oyarzabal kemudiannya menjaringkan gol kedua sekaligus memberikan kejuaraan keempat bagi Sepanyol.
Baca Juga:
- Sepanyol Muncul Juara Euro 2024, England Hampa Lagi
- England Ada Formula Dan Banyak Senjata Rahsia Untuk Benam Sepanyol
- Euro 2024: Media Jerman Anggap England Menipu Untuk Ke Final
Selepas perlawanan, Rafael van der Vaart tidak mengambil masa yang lama untuk mengkritik salah seorang pemain tengah England iaitu Declan Rice dimana beliau menganggap bintang Arsenal itu sebagai tidak berguna.
“€100 juta untuk Declan Rice. Apa yang dia buat? Dia datang untuk mengutip bola hanya untuk menghantarnya kembali kepada John Stones. Dia tidak berguna. Jika anda benar-benar bernilai €100 juta, maka anda sepatutnya boleh menghantar bola ke hadapan,” katanya.
Rice menjadi salah seorang pemain penting bagi Gareth Southgate dimana beliau bermain dalam semua perlawanan UEFA Euro edisi kali ini.
Dalam masa yang sama, van der Vaart turut mempersoalkan keputusan Southgate yang meletakkan Jude Bellingham di posisi pemain tengah menyerang.
“Bellingham bukan seorang pemain yang boleh membuat gelecekan dari tengah. Dia mampu untuk bermain bagus selama 90 minit tetapi di posisi lain. Posisi nombor 10 boleh diperdebatkan.
“Dia boleh memakai jersi nombor 10, tetapi beliau bukanlah seorang pemain tengah menyerang,” tambahnya.
Selain itu, peminat England mengkritik persembahan Kyle Walker dimana mereka menganggap pemain itu menjadi punca kepada dua gol Sepanyol.
Kekalahan di tangan Sepanyol merupakan kali kedua berturut-turut England tewas di perlawanan akhir dimana pada edisi 2020, mereka tewas kepada Itali menerusi penentuan sepakan penalti.
Usaha The Three Lions untuk memenangi kejohanan antarabangsa kedua selepas Piala Dunia 1964 masih berterusan.