Viktor Gyokeres rasmi menyertai Arsenal. Ianya menjadikan jendela perpindahan kali ini antara yang paling mengujakan peminat Arsenal.
New faces through the door 🚪
Viktor Gyokeres is Arsenal's sixth signing of the summer 💫 pic.twitter.com/29yokN5LO6
— Premier League (@premierleague) July 26, 2025
Berikut adalah 3 perkara daripada perpindahan Gyokeres, yang turut akan memberikan dimensi berbeza kepada gaya permainan Arsenal.
1. Penyerang prolifik
Akhirnya Arsenal memiliki penyerang no.9 prolifik. Ini setelah sekian lama mereka tidak memiliki pemain 20-30 semusim selepas pemergian Aubameyang.
Dengan kehadiran Gyokeres, ianya akan meringankan beban pada pemain seperti Saka atau Kai Havertz untuk menjadi pencetak gol.
Untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris, sesebuah pasukan itu harus memiliki penyerang 20-30 gol semusim.
Ini adalah perbezaan sederhana antara Arsenal musim lepas dan sebelumnya daripada Liverpool dan City.
Inheriting the shirt of an Arsenal icon 🌟
Viktor Gyokeres will wear the number 14 shirt, once worn by Gunners legend Thierry Henry 1️⃣4️⃣ pic.twitter.com/x3Ow3d83JE
— Premier League (@premierleague) July 26, 2025
2. Arsenal harus bermain ‘crossing’
Arsenal sebelum ini dikenali sebagai pasukan yang mengutamakan penetrasi ke dalam kotak penalti dan memenuhkan kawasan tersebut. Arsenal juga harus meningkatkan gaya permainan lebih direct untuk memberikan bola segera kepada pemain itu.
Kini mereka harus bermain lebih banyak hantaran lintang berkualiti kepada pemain no.9 mereka. Gyokeres perlu disuap dengan sebaiknya untuk dia memberikan hasil terbaik.
Viktor Gyokeres, the story so far 📖 pic.twitter.com/8bhlJMce10
— Premier League (@premierleague) July 26, 2025
Jadi, baki pra musim ini pastinya akan bertumpu kepada aspek gaya permainan dengan Gyokeres.
3. Serpihan puzzle terakhir
Gyokeres adalah serpihan puzzle terakhir yang Arteta selama ini idamkan. Cita cita Arteta dan Arsenal adalah sama. Mereka mahu menjadi juara Liga Perdana Inggeris.
Musim sebelum ini Arteta menyatakan bahawa pasukannya sepatutnya sudah memiliki 2 kejuaraan Inggeris dengan pungutan mata yang mereka ada dalam dua musim terakhir.
Mikel Arteta on Arsenal’s hunt for trophies:
“Winning trophies is about being in the right moment, in the right place. Liverpool have won the title with less points than we had in the last two seasons. With the points from the last two season, we have two Premier Leagues.” 😬 pic.twitter.com/HQydbiXyRY
— Hayters TV (@HaytersTV) May 6, 2025
Arsenal kerap berdepan dengan masalah penyerang yang membazir peluang di hadapan gol. Mereka sebenarnya mengharapkan Gabriel Jesus menjadi penyerang 20 gol semusim.
Namun rekod penyerang itu ternyata tidak memihak. Diburukkan lagi dengan rekod kecederaannya. Maka dalam beberapa musim Arteta bergantung kepada false 9 – Kai Havertz dan Mikel Merino.