Presiden Real Madrid, Florentino Perez telah mengesahkan bahawa Jose Mourinho akan kembali sebagai pengurus baharu kelab itu jika dia dipilih sebagai presiden kelab itu untuk penggal baharu.

Namun ternyata Perez tidak mahu menunggu lama sehingga Ahad ini, kerana dia terus mengumumkan tentang Jose Mourinho adalah pengurus baharu Real Madrid.

Mourinho diumumkan dengan video ringkas yang dikeluarkan oleh kelab.

Menurut laporan yang beredar sebelum ini, perjanjian antara Perez dan Mourinho telah pun ditandatangani lebih awal, dengan semua butiran utama sudah dimuktamadkan sejak dua minggu lalu.

Kepulangan Mourinho ke Santiago Bernabéu dilihat sebagai langkah berani untuk mengembalikan era kegemilangan yang pernah menyaksikan kelab itu meraih kejayaan besar dan mencipta beberapa rekod tidak masuk akal.

Pengurus dari Portugal itu sebelum ini pernah membimbing Real Madrid antara 2010 hingga 2013, dengan pencapaian termasuk gelaran La Liga dan rekod mata tinggi dalam sejarah kelab.

Namun perlantikan Mourinho perlu menunggu keputusan pilihanraya akan datang. Dengan Perez dicabar oleh Enrique Riquelme yang sebelum ini menyatakan bahawa dia tidak berminat dengan idea melantik Mourinho.