Isu visa nampaknya terus menjadi ‘batu penghalang’ buat skuad kebangsaan Iran menjelang aksi Piala Dunia 2026 tidak lama lagi.
Menurut laporan media sukan Iran, Varzesh 3, skuad kendalian mereka kini telah pun menerima visa untuk persiapan di Mexico. Walaubagaimanapun, permohonan visa Amerika Syarikat (AS) yang diperlukan untuk perlawanan peringkat kumpulan masih lagi belum dimuktamadkan.
Keadaan tidak terurus
Segala dokumen visa untuk delegasi Iran dilaporkan telah dihantar ke Kedutaan Iran di Ankara, Turki, selepas para pemain dan pegawai menghadiri janji temu visa di sana pada bulan lalu.
Gara-gara isu visa yang berlarutan ini, perancangan asal Iran terpaksa dirombak semula:
Pelan asal, mereka ditempatkan di kem latihan di Tucson, Arizona (AS).
Namun selepas isu visa, Iran terpaksa dipindahkan ke Tijuana, Mexico.
Isu ini menjadi lebih rumit selepas Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, menegaskan bahawa pihak AS amat tegas untuk menghalang mana-mana individu yang mempunyai kaitan dengan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) daripada memasuki negara itu sebagai sebahagian daripada delegasi Iran.
🇮🇷IRAN – COUPE DU MONDE 🏆🇺🇸
Les joueurs iraniens ont obtenu leur visa mexicain🇲🇽 et vont donc pouvoir se rendre à leur camp de base.
À 12 jours de leur 1er match, ils n'ont en revanche toujours pas reçu l'autorisation de poser le pied aux États-Unis.https://t.co/Zzpeoyrcc5 pic.twitter.com/zZYnMpDunU
— FC Geopolitics (@FCGeopolitics) June 3, 2026
Ketika ini, pihaknya mengesyaki ada beberapa pemain atau pegawai Iran mungkin terlibat dengan IRGC atau membawa ideologi tersebut.
Marco Rubio berkata: “Kami tidak berada di sana untuk mempertahankan keadaan tempatan atau mengubah dan membimbing masyarakat.
Mehdi Taj, Presiden Persekutuan Bola Sepak Iran, ketika mengulas isu keselamatan di Tijuana yang terkenal dengan kadar jenayah tinggi.
Beliau menganggap kem di Mexico adalah lebih baik daripada pangkalan di Tucson sebelum ini. Dan mereka rasa lebih selamat di sana.
Persiapan terakhir Iran
Iran yang diundi dalam kumpulan yang agak sengit kini sedang kesuntukan masa untuk menyelesaikan isu dokumentasi ini sebelum sepak mula perlawanan pertama mereka.
Kumpulan Iran & Jadual Perlawanan:
Kumpulan: New Zealand, Belgium, dan Mesir.
Tarikh Perlawanan: 16 Jun, 21 Jun, dan 27 Jun 2026.
Sebagai rekod, Iran telah memulakan kem latihan mereka di Antalya, Turki sejak 18 Mei lalu dan berjaya menewaskan Gambia 3-1 dalam aksi persahabatan Jumaat lepas.
Kem di Turki dijadualkan berakhir Khamis (hari ini) selepas perlawanan menentang Mali, sebelum mereka terbang ke Mexico.
Adakah skuad Iran sempat memperoleh visa AS mereka tepat pada masanya, atau bakal ada drama diplomatik lain yang menanti? Sama-sama kita nantikan.