Jose Mourinho semakin hampir untuk diumumkan sebagai pengendali baharu Real Madrid selepas Benfica mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pemergian pengurus penuh kontroversi itu meninggalkan pasukan.

Selain itu, kemenangan Florentino Perez dalam pilihanraya presiden tempoh hari turut memberikan isyarat jelas mengenai kehadiran fasa kedua Mourinho bersama Los Blancos.

Banyak kerja perlu dilakukan oleh Mourinho untuk kembali meletakkan Real Madrid di landasan sebenar sebagai sebuah pasukan terulung dunia.

Selepas mendapatkan Denzel Dumfries dan Ibrahima Konate serta mengekalkan Antonio Rudiger, pengurus kelahiran Portugal itu turut mengintai khidmat dua lagi pemain pertahanan.

Satu keadaan yang menunjukkan Jose Mourinho masih belum berpuas hati dengan jentera pertahanan pasukan.

Jose Mourinho Idam Dua Bek Kental Ini Untuk Kukuhkan Real Madrid
Kredit Foto: MARKO PERKOV / AFP

Jose Mourinho Idam Dua Lagi Bek Kental

Sehubungan dengan itu menurut sumber laporan The Standard, beliau mahu Real Madrid berusaha untuk mendapatkan khidmat Josko Gvardiol dan Riccardo Calafiori.

Jose Mourinho dilaporkan kagum dengan kebolehan kedua-dua pemain itu yang mampu beraksi di pelbagai posisi, dalam usahanya untuk menukar sistem taktikal antara tiga pertahanan dan empat pertahanan secara fleksibel mengikut situasi perlawanan.

Laporan itu menambah bahawa beliau menganggap Trent Alexander-Arnold terlalu cenderung menyerang, dan mahu membawa masuk pemain yang lebih seimbang ke dalam skuadnya.

Sumber