Undian Liga Premier STL 2026 bagi Grand Prix (GP) Melaka telah selesai dijalankan sebentar tadi, sekali gus menyaksikan kesemua pasukan sudah mengetahui lawan masing-masing.

GP ketiga itu dijangka menarik apabila setiap pasukan pastinya mahu memperbaiki corak permainan selepas berakhirnya GP Pulau Pinang dan Perak.

STL 2026: Keputusan Undian Kumpulan Bagi GP Melaka

Juara GP Pulau Pinang, Perak Bison telah diundi dalam kumpulan A bersama tuan rumah Melaka Titans dan Penang Black Panthers. Pertemuan menarik yang bakal menemukan dua tekong terbaik dunia iaitu Syahir Rosdi dan Pornthep Tinbangbon.

Manakala naib juara GP Pulau Pinang, Negeri Sembilan Antlers pula berada dalam kumpulan B bersama juara GP Perak, PDRM Defenders dan Bomba Fighters.

Kumpulan C menyaksikan Selangor Pistons yang masih belum mengutip sebarang mata bakal menghadapi cabaran Kuala Lumpur Thunder dan Johor Tigris

Sementara itu bagi kumpulan D pula menampilkan ATM Guardians, Kedah Eagles dan Kelantan Warriors

Saingan GP Melaka bakal berlangsung pada 11 hingga 15 November nanti di Dewan MBMB Bukit Serindit.

STL 2026

STL 2026 GP Melaka

Kumpulan A: Perak Bison, Melaka Titans & Penang Black Panthers

Kumpulan B: Bomba Fighters, PDRM Defenders & Negeri Sembilan Antlers

Kumpulan C: Selangor Pistons, Kuala Lumpur Thunder & Johor Tigris

Kumpulan D: ATM Guardians, Kedah Eagles & Kelantan Warriors