Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat semakin ramai individu khususnya mereka yang bergelar influencer berlumba-lumba dalam menghasilkan konten bagi meningkatkan jumlah followers.

Terbaharu, muncul pula seorang influencer di TikTok dikenali sebagai @aasuperscalper di mana beliau membuat kelainan dengan memberi RM100 kepada individu yang menemuinya dan menyebut ‘AA Handsome’ serta follow TikTok beliau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@aasuperscalper

Jumpa lagi student upsi! Cuba komen university mana yang korang nak AA datang? #fypシ #malaysia

♬ original sound – Min AA – AA HANDSOME

@aasuperscalper

Siapa nak puji AA untuk dapat duit jugak? #fypシ #hadirnuh #nakubahhidup2023

♬ original sound – Min AA – AA HANDSOME

Sering kali hadir di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), beliau kerap ditegur oleh para pelajar yang tampil menyebut AA Handsome serta berjaya meraih RM100 secara on the spot.

Bukan itu sahaja, beliau juga dilihat turut membuat challenge di mana memberi wang sekali ganda berdasarkan jumlah yang tersedia pada dompet atau akaun bank pelajar.

Tidak sekadar murah hati memberi ratusan ringgit kepada pelajar, influencer ini dilihat sedia memberikan jumlah sehingga RM6,600 menerusi video yang dikongsikan di bawah.

@aasuperscalper

Siapa lagi dekat sini nak jumpa AA? Mana tau boleh double kan jugak korang punya. #fypシ #malaysia

♬ original sound – Min AA – AA HANDSOME

Menariknya, lelaki ini memaklumkan pertolongan daripada influencer ini sangat diperlukan beliau selepas menjadi mangsa scam berikutan makanan yang disediakan sebanyak 1,000 individu gagal menerima bayaran.

Perkongsian yang dibuat berjaya memberi inspirasi kepada orang ramai untuk turut mahu membantu golongan yang memerlukan sekiranya dikurniakan rezeki kelak. Berikut merupakan respon netizen terhadap konten yang dikongsikan.

Sumber: Tiktok @aasuperscalper
Sumber: Tiktok @aasuperscalper

Setakat artikel ditulis, influencer ini berjaya mengumpul jumlah followers yang tinggi menerusi laman media sosial TikTok iaitu sebanyak 354,000 followers. Semoga kebaikan yang dibuat secara tidak langsung meringankan beban golongan yang memerlukan.