MUSE kembali ke Malaysia pada Sabtu lalu dengan konsert yang penuh bertenaga. Membuka gelanggang dengan lagu Will of The People sebelum menutupnya dengan Knights of Cydonia.

Walaupun konsert yang dihadiri lebih 60,000 orang itu bermula sedikit lewat disebabkan situasi trafik yang tidak menentu, namun ia tidak mematahkan semangat pengunjung yang hadir.

Baca Juga:

Rata-rata pengunjung berpuas hati dengan konsert ini dan sebahagian pula menyatakan pujian kepada ‘abang-abang melayu rock’ yang fokus menonton konsert tersebut.

Dalam perkongsian @fruhrzf di laman Twitter, ‘abang-abang melayu rock’ ini dikatakan tidak menghalang pandangan orang dengan telefon, fokus melayan setiap lagu MUSE dan kelihatan ‘enjoy’ sepanjang MUSE membuat persembahan.

Hal ini terjadi mungkin disebabkan kebanyakan peminat MUSE adalah mereka yang sudah lanjut usia kerana kumpulan inggeris ini telah bertapak sejak 1994 lagi.

Jadi kebanyakan peminatnya di Malaysia kini sudah menjangkau umur sehingga 30 tahun ke atas. Disebabkan itu semasa konsert mereka, tidak kelihatan sangat anak muda seperti konsert-konsert kumpulan yang lain.

Untuk rekod ini merupakan penampilan kedua MUSE di Malaysia sejak 2007. Konsert yang diadakan di Stadium Bukit Jalil minggu lalu ini telah dibawakan khas oleh Hello Universe.