Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di Jelebu, hari ini terhadap dua pertuduhan merogol adik kandungnya, tahun lalu sehingga melahirkan anak lapor Harian Metro.
Remaja berkenaan didakwa merogol mangsa pada Jun dan September 2022 mengikut Seksyen 376B ( 1) Kanun Keseksaan.
Baca Juga:
- ‘Abang Kerja Sini Ke?’ – Individu Ini Luah Rasa Kecewa Selepas Dipersoal Tegur Warga Singapura Isi RON 95
- Angkara Laporan Dakwa Penjawat Awam Bakal Dibuang, MCMC Buka Kertas Siasatan Terhadap Awesome TV
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh, 15, didakwa melakukan persetubuhan dengan adik kandungnya, 14, yang tidak dibenarkan mengikut undang-undang atau hukum agama pada 11 malam hingga 12 tengah malam, di antara 21 Jun 2022 hingga 30 Jun 2022.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan denga mangsa sama yang tidak dibenarkan mengikut undang-undang atau hukum agama dengan mangsa sama antara 11 malam hingga 12 tengah malam di antara 1 September 2022 hingga 10 September 2022.
Berdasarkan fakta kes adiknya melahirkan bayi lelaki cukup sifat, 16 Februari lalu dengan dibantu ibunya.https://t.co/p1mgtphd5b
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) February 23, 2023
Tertuduh telah mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan selepas dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap 1 hari bulan sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 22 Mac depan bagi sebutan semula kes dan tertuduh turut dikehendaki tinggal berasingan dan dilaran menghubungi atau mendekati mangsa.
Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Muhammad Nizam Rafii manakala tertuduh tidak diwakili peguam.