Sebelum ini, nama Hafidz Roshdi menjadi bualan ramai apabila kantoi curang dan mencederakan isterinya. Malah, Hafidz juga mendakwa isterinya sengaja mengugurkan kandungan.

Terbaharu, Hafidz telah membuat permohonan untuk menuntut hak penjagaan penuh dua anaknya yang kini berada di bawah jagaan isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Baca Juga:

Perkara tersebut disahkan oleh peguam syarie yang mewakilinya iaitu Ummi Kartini Abd Latiff kepada media hari ini dan permohonan tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Jumaat lepas.

Malah, Hafidz turut memohon hak jagaan interim (sementara) bagi kedua-dua anaknya kerana terdapat kesulitan untuk Hafidz berjumpa atau berkomunikasi dengan anak-anaknya.

Pada 9 Mei lalu, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam telah menetapkan 20 Jun ini bagi perbicaraan pengesahan lafaz cerai Hafidz dan Shuhada.

Hakim Syarie, Siti Rahmah Hussin menetapkan tarikh itu selepas peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan wujud isu berhubung lafaz cerai luar mahkamah yang didakwa berlaku sebanyak dua kali.

Sumber