Kecoh baru-baru ini apabila pelakon Hafidz Roshdi dikaitkan dengan seorang wanita yang didakwa cuba menjadi peruntuh rumah tangga pelakon ini. Isu menjadi lebih panas apabila isteri Hafidz Roshdi memaklumkan menerusi Instagram di mana beliau kecewa dengan sikap yang ditunjukkan Hafidz Roshdi.

Bukan itu sahaja, wanita tersebut dikatakan berani untuk hadir ke rumah serta kerap mesej bersama Hafidz Roshdi. Malah, tular perbualan menerusi aplikasi WhatsApp di mana Hafidz Roshdi turut meminta gambar wanita tersebut atas alasan rindu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Situasi yang berlaku bukan sahaja mengundang marah isteri Hafidz malah turut mendapat perhatian netizen di mana mengaitkan kes Hafidz Roshdi seakan sama dengan Syamsul Yusof dan juga Aliff Aziz.

Meskipun menerima kecaman yang hebat daripada netizen, Hafidz Roshdi pada beberapa yang jam yang lalu seolah selesa membuat TikTok Live untuk bersembang bersama para peminat.

Meraih lebih 12 ribu tontonan semasa berikutan nama beliau yang menjadi sebutan ramai, tindakan Hafidz Roshdi yang ketawa sambil memandang isterinya dengan penuh selamba seolah memberi gambaran situasi yang berlaku hanyalah sekadar prank.

https://www.tiktok.com/@hannana70/video/7200728602239847706?embed_source=121331973%2C71011722%2C120811592%2C120810756%3Bnull%3Bembed_blank&refer=embed&referer_url=beautifulnara.com%2F&referer_video_id=7200728602239847706

Bukan itu sahaja, terdapat para netizen yang turut mendakwa apa yang dilakukan Hafidz Roshdi hanyalah sekadar marketing atau gimik sahaja.

Setakat ini, masih belum diketahui isu sebenar yang berlaku. Individu yang didakwa menjadi peruntuh rumah tangga Hafidz juga dilihat telah memadam akaun Instagram beliau bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa serangan netizen.