Abang kepada arwah Nur Farah Kartini, Mohd Farizza Azmi puas hati melihat seorang pegawai polis berpangkat lans koperal dituduh atas kesalaha membunuh oleh Mahkamah Majistret di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada Jumaat.

Mahkamah pada masa yang sama menetapkan 30 Ogos sebagai tarikh perbicaraan untuk kes tersebut. Farizza sudah nekad akan mengikuti kes tersebut dengan rapat.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Dia juga berharap suspek akan dikenakan hukuman setimpal dengan kesalahannya jika didapati bersalah membunuh.

Sebelum ini, arwah Nur Farah Kartini dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Setelah beberapa hari pencarian dibuat, Nur Farah Kartini ditemui dalam keadaan tidak bernyawa. Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes bunuh.

Kartini yang merupakan graduan dari UPSI dilaporkan kenalan kepada suspek.

Pada Jumaat, peruduhan dibuat ke atas suspek atas tuduhan membunuh. Namun setakat ini suspek masih tidak membuat sebarang pengakuan membunuh.

Menurut pertuduhan tersebut suspek yang berusia 26 tahun didakwa membunuh Nur Farah Kartini di ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, berhampiran Felda Gedangsa di antara 10 Julai hingga 15 Julai lalu – menurut sumber mStar Online.

Suspek disiasat di bawah Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh, yang membawa kepada hukuman mati atau penjarang sehingga 40 tahun, dengan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan, sekiranya sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Ku Hayati Ku Haron telah meminta tarikh baharu daripada mahkamah untuk membolehkan pihak pendakwaan menyerahkan laporan asid deoksiribonukleik (DNA) dan juga laporan telekomunikasi (telco).