Pihak polis berjaya menemui telefon bimbit milik Nur Farah Kartini setelah mencarinya di sekitar kawasan di mana kejadian jenayah berlaku.

Polis membuat pencarian ke atas telefon Nur Farah Kartini kerana ini boleh membantu polis di dalam siasatan kes bunuh ke atas bekas graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu.

Baca Juga:

Polis mengerahkan Unit Skuba dan Sub-Akuatik Forensik PDRM dalam pencarian yang dibuat pada hari ini.

Selepas kira kira sejam pencarian, Polis akhirnya berjaya menemui telefon pintar yang dipercayai milik Nur Farah Kartini.

Telefon pintar itu dijumpai di kawasan parit ladang kelapa sawit, Kampung Sri Keledang, dekat Felda Gedangsa, Hulu Selangor. Telefon itu akan dibawa untuk siasatan forensik di makmal.

Pihak polis kemudian masih giat melakukan pencarian bahan bukti yang lain untuk membantu mereka dalam siasatan kes tersebut.

Kehilangan Nur Farah Kartini sebelum ini telah menjadi berita yang menggemparkan rakyat Malaysia. Nur Farah Kartini dilaporkan hilang sejak 10 Julai selepas dia menghantar kereta sewa kepada pelanggan di Tanjung Malim.

Laporan polis dibuat pada hari berikutnya setelah Nur Farah Kartini dipercayai hilang jejak dan tidak dapat dihubungi langsung.

Pada Isnin polis menemui mayat Nur Farah Kartini di kawasan ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, dekat Felda Gedangsa, Hulu Selangor.

Polis kemudian menahan seorang suspek yang merupakan anggota polis berpangkat Lans Koperal berusia 26 tahun. Anggota polis tersebut ditahan reman selama 7 hari untuk membantu siasatan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.

farah kartini