Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah video milik abang kepada pelakon dan pelawak, Zizan Razak iaitu Hafiza Razak dimana dia menzahirkan rasa terharu diberi kejutan.
Menerusi video yang dimuat naik, Zizan telah membawa abangnya ke sebuah kedai motosikal milik Boss James dan cuba menunggang beberapa model motosikal sebelum Hafiza diberikan kejutan.
Baca Juga:
- Terima Nasihat Orang Ramai, Zizan Razak Umum Tarik Diri Dari Dunia Forex
- Nama Dipetik Sebagai Selebriti ‘Berperangai Syaitan’, Mira Filzah Tampil Pertahankan Diri
- Individu Dakwa Pernah Dibuli Uqasha Senrose Meninggal Dunia, Rakan Minta Pelakon Ini Bertanggungjawab
@hafizarazak869 Alhamdulillah rezeki… Kena suprise moto… Thanks my adik @zizanrazak869 @Boss James @Dr Davina Markus
Dapat dilihat Hafiza terkejut dan terharu apabila Zizan menghadiahkannya sebuah motosikal idamannya jenama Yamaha model XMax 250 yang dianggarkan berharga RM25,000.
“Dah habis ‘test’, sekarang sembang-sembang je la. Tiba-tiba berurusan macam nak beli. Masa ini aku masih keliru. Ingatkan bergurau.
“Ini adalah momen aku rasa gembira dan sedih. Adik aku sanggup susahkan diri untuk aku.” ujar Hafiza.
Seakan tidak percaya, Hafiza terpaku dan mengucapkan terima kasih kepada Zizan kerana menghadiahkan motor tersebut. Perkongsian tersebut meraih perhatian netizen dan rata-rata memuji sifat pemurah Zizan terhadap adik beradiknya.