Seorang pemandu Toyota Hilux dirakam enggan menyentuh Touch n’ Go selepas mendapati ada sekumpulan penunggang motosikal sedang menunggu palang dibuka untuk mereka melalui sebuah laluan plaza tol.

Oleh kerana berang dengan tindakan pemandu trak pikap itu, salah seorang penunggang motosikal bertikam lidah dengan pemandu tersebut.

Baca Juga:

Netizen-netizen yang melihat rakaman video itu berasakan penunggang motosikal itu tidak ada hak untuk mempertikai tindakan pemandu Hilux yang enggan ‘membukakan’ palang untuk mereka.

@zulchay3840

lorong motor ade lalu la sane …ni jenis otak tgl kat rumah tp nak ride …..

♬ Orang Ketiga Entah Siapa Yang Salah – Andra Respati & Gisma Wandira

Menurut netizen, apabila penunggang motosikal ‘menyelit’ menggunakan laluan tol berbayar yang sama, ini akan menyebabkan pemandu perlu membayar tol sebanyak dua kali sekiranya mereka tidak sempat melepasi palang tol yang turun.

Tambah netizen lagi, pelbagai isu boleh timbul apabila kenderaan melanggar palang atau dihempap palang tol. Di mana pemilik kenderaan perlu membuat laporan insiden terbabit untuk mendapatkan tuntutan ganti rugi, sekiranya dapat.

Sumber Gambar: TikTok @zulchay3840

Orang ramai turut meminta pihak berkuasa untuk ‘turun padang’ untuk menyelesaikan masalah ini yang sudah sekian lama terjadi, namun seperti tiada solusi terbaik ditemui buat ketika ini.

“Waktu begini tahu pula minta bertimbang rasa, waktu pemandu mahu menukar lorong sewaktu kesesakan lalu-lintas, daripada jauh sudah hon tidak mahu beri laluan kepada kenderaan,” sindir netizen.

Terdahulu tular beberapa rakaman dashcam yang pernah merakam insiden berasingan di mana ada kenderaan melanggar palang tol, dihempap palang dan terpaksa membayar tol dua kali gara-gara segelintir penunggang motosikal yang tidak bertimbang rasa ‘menyelit’ di plaza tol.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.