Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya (ABGR) 2024 telah melabuhkan tirainya. Majlis penutupan tersebut dirasmikan oleh Yang Berhormat Mulia Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia.

YB Tengku Zafrul mengatakan bahawa MATRADE sentiasa membuka peluang untuk usahawan berkembang ke luar negara.

“Kehadiran dan sumbangan artis dalam festival raya ini bukan sahaja menyuntik semangat dalam kalangan usahawan kita untuk terus maju dan berdaya saing tetapi juga membawa makna mendalam tentang kekuatan dan keberhasilan komuniti usahawan di Malaysia,” jelasnya.

Sementara itu, pengasas bersama Absolut Events, Yang Berusaha Sharifah Nadiyah menjelaskan ‘one stop centre’ ini disediakan untuk memudahkan pengunjung.

Anda boleh berbelanja, berbuka puasa di bazaar Ramadhan kami, berterawih bersama-sama, bermoreh dan juga bersahur di sini. Semuanya disediakan di sini dengan persekitaran yang amat selesa untuk para pengunjung kami,” tambahnya lagi.

Media Prima Berhad sebagai rakan media rasmi mempersembahkan kempen RaRa Macam Dulu-Dulu. Zon “Macam Dulu-Dulu/Kedai Lejen RaRa di dewan 2, petak Somborne D10 menerima sambutan hebat oleh pengunjung.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung seperti beramah mesra bersama selebriti TV9, TV3, dan penyanyi lagu “Macam Dulu-Dulu” iaitu Khai dan Marsha.

Lebih menarik lagi, Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2024 telah dinobatkan oleh Malaysia Book of Records sebagai ‘The Largest Raya Festival Expo’.

Pengiktirafan ini berlangsung di majlis penutupan ABGR yang disaksikan oleh Yang Berhormat Mulia Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul, pihak penganjur dan barisan penaja-penaja.

Penganjur turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penaja yang telah menyokong acara ini: Nanostix sebagai Penaja Rasmi; Penaja Bersama termasuk Hermo, Wardah, Kahf, Alha Alfa, Sugar Bomb, Buttonscarves, Panasonic, Elrah Exclusive, Bulan Bintang, Ainaa Beauty, Minaz, iSetan, Kunafa Aiwahhh, Nims, Supersky, Zush dan Unifi.

Sementara Ombak Exclusive sebagai Rakan Percetakan Rasmi; Lalamove sebagai Rakan Logistik; Penaja Emas – Subplace; serta Rakan Pembayaran Strategik – Fiuu.

Manakala Rakan Strategik termasuk Mana, IN2IT, Movon, Suchi by Chantik, Femmes Cookies; serta Piramid Megamas sebagai Kontraktor Rasmi dan Media Prima Berhad pula sebagai Rakan Media Rasmi.

Penganjur mengumumkan dengan penuh semangat bahawa mereka akan kembali lagi tahun hadapan di MITEC dari 21 – 24 Mac 2025, menjanjikan lebih banyak kejutan, inovasi, dan keceriaan di Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya.