Tinggal lagi kurang seminggu kita semua akan menyambut Hari Raya, banyak tempat mengadakan festival kepada orang ramai untuk membeli persiapan raya.

Selain disediakan puluhan booth untuk pengunjung singgah dan beli, ada penganjur turut mengadakan game untuk memeriahkan lagi acara festival tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Baru-baru ini pengguna TikTok meluahkan rasa tidak puas hati  apabila melihat seorang lelaki dibatalkan ‘kemenangannya’ selepas bermain ‘money booth‘.

@darkcepet

Bila main tangkap2 duit..Lepastu dibatalkan hasil tangkapan selepas duit dipeluk tu katanya tak ditangkap. Bukan rezeki kita la jawabnya.. #absolutebazaar #absolutebazaarxgaya #mitec #inspirasiraya

♬ Raya Raya Raya – DOLLA

Ketika duit tersebut diterbangkan dalam money booth terbabit, peserta lelaki itu berusaha sehabis baik memeluk wang kertas berkenaan.

Bagaimanapun selepas tamat tempoh permainan, penganjur membatalkan penyertaan lelaki tersebut gara-gara dia ‘memeluk’ wang kertas, bukan menangkapnya dengan tangan.

“Bila main tangkap-tangkap duit, lepas itu dibatalkan hasil tangkapan selepas duit dipeluk tu katanya tak ditangkap. Bukan rezeki kita la jawabnya,” petik caption TikTok @darkcepet.

Sumber Gambar: TikTok @darkcepet
Sumber Gambar: TikTok @darkcepet
Sumber Gambar: TikTok @darkcepet

Netizen menyatakan sepatutnya penganjur memberitahu peserta lebih awal — cara-cara untuk menangkap duit yang betul — mengikut peraturan mereka.

Bagi netizen, mereka berpendapat cara peserta lelaki itu menangkap duit tidak salah dan ia bebas mengikut kreativiti masing-masing.

Dalam satu video lain, ada seorang influencer turut bermain permainan tersebut dan berjaya menangkap sejumlah besar wang kertas palsu menggunakan tangannya.

Pun begitu netizen juga pertikai sama ada boleh atau tidak menangkap wang di lantai, bukan wang yang diterbangkan di udara.