Setiap kali menjelang musim perayaan, acara membeli-belah berskala besar sememangnya menjadi tumpuan utama rakyat Malaysia untuk mencari kelengkapan Hari Raya di bawah satu bumbung.

Jika anda peminat tegar acara bazar Aidilfitri,ini berita baik buat anda kerana Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya (ABFGR) bakal kembali menggegarkan tahun 2027 dengan skala yang jauh lebih besar dan meriah.

Acara anjuran ABGR PLT hasil kerjasama strategik antara My Events International dan Absolut Events ini pernah diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records sebagai Ekspo Festival Raya Terbesar di Malaysia pada tahun 2024.

Untuk penganjuran kali ini, mereka tampil dengan pelbagai kelainan baharu yang pastinya akan mengujakan para pengunjung serta usahawan tempatan.

Dua lokasi utama & 66 jam tanpa henti

absolut bazar

Menariknya untuk edisi 2027, ABFGR tidak hanya tertumpu di Lembah Klang sahaja. Acara ikonik ini akan membuka tirai di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur pada 19 hingga 22 Februari 2027, mengekalkan tradisi penganjuran selama 66 jam tanpa henti.

Lebih istimewa, buat julung kalinya ABFGR akan melebarkan sayap ke Pantai Timur! Orang ramai di sekitar Pahang dan negeri berdekatan boleh merasai sendiri kemeriahan festival ini di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan pada 5 hingga 7 Mac 2027.

Secara keseluruhan, pihak penganjur menyasarkan penyertaan lebih 900 vendor di kedua-dua lokasi tersebut.Bukan sekadar beli-belah, penuh aktiviti hiburan.

Selain menghimpunkan ratusan jenama tempatan yang popular, ABFGR 2027 turut menyediakan pelbagai pengisian menarik buat seisi keluarga. Antara tarikan yang menanti pengunjung termasuklah:

-Sesi ramah mesra bersama barisan selebriti dan pempengaruh terkenal
-Mini Absolut Foodfest & konsert mini
-Jualan ‘Happy Hour’ dengan tawaran harga runtuh
-Aktiviti interaktif seperti cabutan bertuah, ‘Wheel of Fortune’, ‘Money Chamber’ serta program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

Bagi memastikan pengalaman pengunjung dan peniaga berjalan lancar, ABFGR 2027 turut memperkenalkan barisan rakan strategik rasmi mereka iaitu Advance Intelligence Group (ATOME) selaku Rakan Pembayaran BNPL Rasmi, Media Prima Berhad sebagai Media Rasmi, serta Blackmores Malaysia Sdn Bhd sebagai Rakan Kesihatan & Kesejahteraan Rasmi.

Pengenalan model acara baharu: Tapestry by ABGR: Singgah Raya

Tidak terhenti di situ, Pengasas Bersama ABGR PLT, Puan Nadiyah Shahab turut mengumumkan pengenalan model acara baharu iaitu Tapestry by ABGR: Singgah Raya yang akan berlangsung pada 26 hingga 28 Februari 2027 di lokasi rasmi, The Arch Galeries.

Dirangka khusus untuk membawakan konsep dan pengalaman yang berbeza sepenuhnya berbanding ABFGR, acara ini turut memberi peluang kepada lebih ramai usahawan menyertai festival Raya pada pakej harga tapak (booth) yang lebih mampu milik menerusi tiga kategori utama:

  • Premium: RM4,000 (Sudut) | RM3,500 (Tengah)
  • Mini AFF: RM3,500 (Sudut) | RM3,000 (Tengah)
  • Pasar Lambak (Flea Market): RM3,300 (Sudut) | RM2,800 (Tengah)

Dengan gabungan dua acara ini, pihak penganjur optimis ABFGR 2027 dan Tapestry by ABGR: Singgah Raya akan terus menjadi platform utama buat jenama tempatan, di samping memberikan pengalaman membeli-belah Raya yang menyeluruh buat orang ramai.

Orang ramai serta usahawan yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut dan kejutan terkini boleh mengikuti akaun media sosial rasmi mereka dari semasa ke semasa.