Festival raya yang sentiasa dinantikan setiap tahun, Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya (ABxFGR) kembali lagi pada 2026 dengan penganjuran yang lebih besar dan meriah sempena ulang tahun ke-5 acara tersebut.
Festival ini sebelum ini telah mencipta sejarah apabila menerima pengiktirafan daripada The Malaysian Book of Records sebagai Expo Festival Raya terbesar di Malaysia pada tahun 2024. ABxFGR dianjurkan hasil kerjasama antara My Events International dan Absolut Events & Management.
Menariknya, buat pertama kali dalam sejarah penganjurannya, ABxFGR akan menjelajah tiga lokasi berbeza, termasuk dua destinasi antarabangsa.
Jelajah festival ini bermula di BRIDEX Convention Centre, Brunei dari 27 Februari hingga 1 Mac 2026, di PICCA, Pulau Pinang pada 6 hingga 8 Mac 2026, sebelum acara kemuncaknya berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur dari 13 hingga 16 Mac 2026.
66 Jam Tanpa Henti Di MITEC
Seperti tahun-tahun sebelum ini, acara kemuncak di Kuala Lumpur akan mengekalkan konsep uniknya yang menjadi tarikan utama pengunjung — festival membeli-belah raya selama 66 jam tanpa henti.
Acara ini akan bermula 12 tengah hari pada 13 Mac dan hanya berakhir 6 pagi pada 16 Mac 2026, memberikan pengalaman membeli-belah raya yang benar-benar luar biasa kepada pengunjung.
Lebih 7.9 Juta Pengunjung ke Absolut Bazaar Direkodkan Sejak 2022
Sepanjang empat tahun penganjuran sejak 2022, ABxFGR telah mencatatkan pelbagai pencapaian yang mengagumkan.
Antara pencapaian tersebut termasuk; RM61.5 juta jumlah hasil jualan, 2,432 tapak reruai, 7.96 juta pengunjung, 334 vendor makanan dan minuman Lebih 400 selebriti serta 125 rakan penaja.
Selain memberi pengalaman membeli-belah yang meriah kepada pengunjung, festival ini juga menjadi platform penting untuk membantu usahawan tempatan, khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME), memperluaskan perniagaan mereka.
Barisan Penaja Besar Turut Sertai
Bagi menjayakan penganjuran tahun ini, ABxFGR turut memperkenalkan barisan rakan penaja yang akan memeriahkan festival tersebut antaranya Kunafa Aiwahhh (Pencuci Mulut Rasmi), SPayLater (Kaedah Pembayaran BNPL Rasmi), Bank Rakyat (Bank Rasmi), Power Root (Minuman Eksklusif), Cik B Salmon Skin (Rangupan Rasmi), Sugar Bomb (Wangian Rasmi), REV Media Group (Media Rasmi) dan Ombak Exclusive (Percetakan Rasmi).
Festival ini turut disokong oleh beberapa jenama lain seperti Beauboss, Siti Khadijah, Varisha Collection, Keyes Bakehouse, Seri Bako, Opai Fragrance, HABIB, Cheetah dan Pure Lab.
Menurut Pengarah Urusan Absolut Events & Management, Nur Ali Nadzwan, penganjuran tahun ini juga diperluaskan dengan penambahan ruang pameran bagi menempatkan lebih banyak reruai, khususnya di acara kemuncak di MITEC.
Tidak ketinggalan, festival ini juga akan menampilkan jualan Happy Hour, persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air serta kemunculan selebriti dan usahawan popular sepanjang acara berlangsung.
Jadi, buat jemput semua ke Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya pada 3 hingga 16 Mac 2026 untuk beli belah persalinan raya anda. Jumpa di sana!