Acer berbangga untuk mengumumkan pelancaran Acer Day 2025,
menyambut tema “#BreakALimit” di seberang wilayah Asia Pasifik.

Dalam tahun kesembilan berturut-turut, Acer Day berterusan meningkatkan komitmen dan hubungan jenama dengan para
pelanggan yang beragam dan setia melalui inovasi, inspirasi, dan penglibatan komuniti.

Tema tahun ini, #BreakALimit, adalah seruan bertindak – menekankan komitmen Acer untuk memperkasakan para pengguna untuk menghadapi pelbagai cabaran, dan melangkaui jangkaan sendiri.

Acer Day 2025: #BreakALimit – Merapatkan Teknologi Dan Gaya Hidup
Pilihan pelbagai jenis laptop mengikut keperluan pengguna

Melalui langkah ini, Acer menekankan peranan teknologi dalam membolehkan para pengguna dalam mengatasi cabaran dan meningkatkan kebolehan mereka.

“Acer Day 2025 adalah perayaan dalam mendorong batasan. Melalui kempen #BreakALimit, kami ingin menggalakkan para individu untuk melangkah di luar keselesaan mereka dan menerokai peluang baharu dengan sokongan penyelesaian terkini kami,” ujar Andrew How, Presiden, Operasi Pan Asia Pasifik, Acer Inc.

“Kerja sama kami dengan jenama sukan juga melambangkan komitmen kami dalam mendorong batas dalam inovasi, sementara menggalakkan komuniti dan kuasa dinamik di seberang wilayah ini.

Selaras dengan semangat #BreakALimit, kempen Acer Day 2025 menggalakkan gaya hidup pintar, produktif, dan menyenangkan kepada para pengguna.

acer
AI menjadi komponen wajib di dalam tawaran laptop hari ini

Ia menekan gabungan penyelesaian berkuasa AI di seberang ekosistem produk Acer, dari komputer riba dan desktop pengguna sehingga penyelesaian bertaraf syarikat seperti pelayan, direka untuk menyokong gaya hidup moden dan keperluan perusahaan.

Acer juga bekerja sama dengan jenama sukan untuk meluaskan kesampaian dan menguatkan hubungan dengan para pengguna.

Terutama di Indonesia, Malaysia, dan Filipina, Acer telah bekerja
sama dengan Adidas untuk menawarkan promosi eksklusif, dan menggalakkan gaya hidup lebih aktif dan produktif di kalangan pengguna.

Bersempenena sambutan ulang tahun ke-35 tahun ini dengan pelbagai aktiviti dan promosi sempena Acer Day 2025, berjalan dari 24 Julai sehingga 30 September 2025.

Acer Day 2025: #BreakALimit – Merapatkan Teknologi Dan Gaya Hidup
Pelbagai hadiah istimewa menanti para peminat

Perayaan di seluruh negara termasuklah karnival, pertandingan pickleball, jerayawara, promosi kilat, potongan harga eksklusif dan hadiah bernilai sehingga RM835,350.

Perayaan ini bermula dengan Karnival Acer Day pertama di Kota Bharu, Kelantan pada 24 Julai, sebelum bergerak seberang Malaysia dalam bulan Ogos 2025.

Di keseluruhannya, Karnival Acer Day akan diadakan di 17 lokasi berlainan dari Kota Kinabalu, Mini, Kuching sehingga Bukit Mertajam, Alor Setar dan kota-kota yang lain.

Sorotan utama tahun ini adalah Jerayawara Acer Day 2025, akan
diadakan di IOI City Mall, Putrajaya dari 14 sehingga 24 Ogos 2025, menyatukan pengalaman perayaan ini untuk para penggemar.

Acer Day 2025: #BreakALimit – Merapatkan Teknologi Dan Gaya Hidup
Seleksi barangan untuk memudahkan hidup seharian anda

Setiap hentian karnival akan lengkap dengan aktiviti-aktiviti yang seronok, hadiah peralatan Acer eksklusif, dan promosi kilat Acer Day yang ditunggu-tunggukan menawarkan potongan harga yang
luar biasa dari harga hanya RM1.99.

acer
Kini tiba masa untuk anda
level up setup permainan

Acer Malaysia menawarkan promosi eksklusif dengan potongan harga produk sehingga RM2,000, dari komputer riba seharian dan peranti mudah alih sehingga peranti gaming sepanjang perayaan
Acer Day.

Para pelanggan yang membeli model tertentu sepanjang kempen ini juga boleh menebus kredit Touch n’ Go eWallet sebanyak RM200.

Sebagai tambahan, para pelanggan boleh menyertai “Six-Word Challenge!”, di mana mereka akan dijemput untuk berkongsi pengalaman Acer mereka dalam enam perkataan.

Para pemenang akan berpeluang untuk memenangi ganjaran daripada kumpulan hadiah bernilai RM150,000, termasuk:

• Sepasang tiket Pusingan Akhir VCT Pacific Stage 2 di Jepun (Termasuk tiket pergi dan
pulang dan penginapan)
• Basikal premium
• Peralatan gim
• E-baucar RM200 Adidas dan lain-lain.

Selaras dengan tema Acer Day berkaitan dengan #BreakALimit, Acer Malaysia juga akan mengadakan pertandingan pickleball pertamanya untuk pelajar universiti pada 3 Ogos 2025.

Pasukan-pasukan yang menang akan menerima RM20,000 dalam tunai biasiswa, menekankan komitmen Acer untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif di kalangan golongan belia.

Dengan gabungan teknologi, pesertaan komuniti, dan ganjaran yang menari, Acer Day 2025 adalah perayaan yang akan diingati sempena penyambutan 35 tahun Acer Malaysia memperkasakan kemungkinan dengan rakyat Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila lawat Facebook Acer Malaysia @AcerMalaysia atau hubungi talian maklumat produk Acer di 1800-88-1288 (9am – 6pm, Isnin sehingga Jumaat), atau emel ke
[email protected].