Saingan AFC Champions League (ACL) 2 musim ini sudah memasuki peringkat kalah mati dan undian telahpun dijalankan bagi menentukan perlawanan Zon Barat dan Timur.
Lapan pasukan dari setiap zon berjaya melayakkan diri dimana tiada wakil dari saingan Liga Malaysia selepas Selangor gagal untuk melepasi peringkat kumpulan.
Baca Juga:
- ACL 2: Senarai Pasukan Layak Ke Pusingan Kalah Mati
- ACL 2 2024/25: Kemenangan Besar Masih Gagal Bawa Selangor Ke Pusingan 16
- ‘Hanya Bertahan Sekitar 3 Minggu’ – Pengguna Dakwa Jalan ‘Glow In The Dark’ Di Selangor Tidak Bercahaya
Mark these dates in your calendars, this Round of 16 is going to be 🔥!#ACLTwo pic.twitter.com/ndtG50Mbr6
— The Asian Game (@TheAsianGame) December 12, 2024
Bagi undian Zon Timur, Nam Dinh FC (Vietnam) bakal bertemu Sanfrecce Hiroshima (Jepun) manakala Muangthong United (Thailand) berdepan dengan Lion City Sailors (Singapura).
Dua lagi perlawanan akan melibatkan Port FC (Thailand) menentang Jeonbuk Hyunday Motors (Korea Selatan) manakala Sydney FC (Australia) menentang Bangkok United (Thailand).
Bagi undian Zon Barat, Al-Khaldiya (Bahrain) akan turun menentang Tractor (Iran) manakala Al-Wakrah (Qatar) akan turun menentang Al-Taawoun (Arab Saudi).
Al-Wehdat (Jordan) akan turun menentang Shabab Al Ahli (UAE) manakala Al-Hussein (Jordan) akan menentang Sharjah FC (UAE).
Perlawanan peringkat kalah mati akan diadakan secara timbal balik kecuali perlawanan akhir yang akan diadakan dalam satu perlawanan.
Bagi saingan ACL 2 edisi sulung, pasukan dari Zon Timur diberikan kelebihan sebagai tuan rumah bagi perlawanan akhir.