Stadium yang digunakan sebagai home bagi pasukan Selangor iaitu Stadium MBPJ telah dinaik taraf dalam rangka persiapan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2024/25 dan juga saingan AFC Champions League (ACL) 2 musim ini.
Salah seorang pengguna TikTok iaitu fatamorgana_byfairuz telah memuat naik video di laman itu yang menunjukkan beberapa perubahan ketara yang dilakukan di sekitar stadium khusunya pada bahagian tempat duduk penonton.
Baca Juga:
- Turut Anjurkan Konsert, Padang Stadium Rajamangala Lebih Baik Berbanding SNBJ
- Padang Stadium Darul Makmur Bakal Ditukar Kepada Rumput Bermuda
- Giliran Chonburi Uji Kekuatan JDT Di Stadium Sultan Ibrahim
@fatamorgana_byfairuz Ini saja yang kami mampu.. ❤️💛 #selangorfc #mbpjstadium #roadtoasia2024 #malaysialeague #cowgrass
Antara naik taraf yang dilakukan terhadap Stadium MBPJ ialah bahagian tempat duduk penonton yang kini dipasang kerusi plastik sepenuhnya berbanding sebelum ini yang mana terdapat beberapa bahagian yang penyokong terpaksa duduk di atas konkrit.
Selain itu, bumbung juga ditambah di bahagian tempat duduk penonton yang selalu diisi oleh kumpulan penyokong Selangor yang dikenali sebagai Ultrasel.
Pada masa yang sama, trek balapan yang mengelilingi padang kini sedang dibaik pulih dimana sebelum ini trek tersebut dilihat sudah reput dan mula tercabut sekaligus memberikan pandangan yang kurang menyenangkan kepada penonton.
Akan tetapi, Selangor memutuskan untuk terus menggunakan cow grass bagi Stadium MBPJ yang mana ini berbeza dengan pendekatan yang diambil oleh pasukan lain yang menukar rumput stadium masing-masing sama ada kepada Bermuda atau Zeon Zoysia.
Selangor menamatkan saingan Liga Super musim lalu di tangga kedua sekaligus melayakkan mereka untuk beraksi di pentas Asia musim ini selepas menunggu 7 tahun untuk kembali ke pentas itu.
Musim ini, skuad Gergasi Merah itu akan dibimbing oleh Nidzam Jamil selepas berpisah dengan ketua jurulatih musim lalu iaitu Tan Cheng Hoe yang membawa diri ke saingan Liga Thailand musim ini.