Pemain tengah skuad kebangsaan, Brendan Gan akhirnya membuka mulut selepas beliau dilepaskan oleh pasukan Selangor bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2024/25.

Menerusi laman media sosial Instagram miliknya, Brendan menegaskan beliau berhasrat untuk kekal bersama pasukan selepas skuad Gergasi Merah layak ke saingan Asia musim ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Akan tetapi, hasrat tersebut tidak menjadi kenyataan selepas pihak pengurusan pasukan tidak memberi peluang untuk membuat rundingan.

“Beberapa bulan kebelakangan ini telah memberi saya masa untuk merenung kembLi perjalanan saya bersama Selangor dan kejayaan yang kami raih bersama sekaligus membuatkan saya kecewa kerana meninggalkan kelab:

• Tempat ke-2 dalam MSL
• Layak untuk ACL2
• Tempat ke-4 keseluruhan dalam kategori Assist dalam saingan MSL
•Kelayakan Piala Dunia bersama pasukan kebangsaan
• Temasya Piala Asia bersama pasukan kebangsaan

“Pada penghujung musim, saya berharap untuk mendapat peluang bagi membincangkan masa depan saya di Selangor dan meneruskan kejayaan ke 2024. Malangnya, pengurusan Selangor tidak menawarkan saya peluang untuk berbincang atau berunding untuk kekal di kelab itu.

“Terima kasih kepada semua rakan sepasukan saya selama ini, anda telah menjadi saudara dan saya doakan yang terbaik untuk masa depan anda, jasa staf bilik persalinan yang tidak ternilai untuk meraih kejayaan, staf kejurulatihan yang mendorong pasukan untuk berada pada tahap terbaik dan akhir sekali pujian kepada pasukan Media kami yang bukan sahaja teman sekerja tetapi rakan!

“Terima kasih kepada semua penyokong Red Giant yang setia, anda hebat sepanjang saya di kelab dan saya harap anda sentiasa kekal positif dalam masa kesukaran dan kejayaan untuk membantu pasukan sebagai pemain ke-12 mereka.

“Ia adalah satu penghormatan bagi saya untuk memimpin pasukan dan kelab di dalam dan di luar padang dan melakukannya dengan setiap titik darah, peluh dan air mata. Saya doakan Selangor lebih berjaya di masa hadapan dan terus berkembang ke arah matlamat yang mahu dicapai,” kata Brendan Gan.

Pemain berusia 35 tahun itu itu masih belum mengumumkan pasukan mana yang akan disertainya pada musim ini.