AFC Champions League Two (ACL2) 2024-2025: Selangor vs Jeonbuk Hyundai Motors [23 Oktober 2024, 8:00 malam]
Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung saingan kelas kedua bola sepak asia melibatkan wakil negara iaitu Selangor (SFC).
Selangor (Malaysia) vs Jeonbuk Hyundai Motors (Korea)
Sepak mula: 8:00 malam
Tempat: Stadium MBPJ
Link Siaran Langsung: Astro Arena, Youtube AFC Hub (Access VPN)
Astro Arena satu-satunya stesen TV tempatan yang mendapat hak penyiaran pertandingan AFC namun anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton secara Live Streaming.
โค๏ธ ๐๐งโ๐ฆ ๐ฆ๐๐๐๐ก๐๐ข๐ฅ๐๐๐ฌ!!! ๐
๐ We are up against Jeonbuk Hyundai Motors FC in the ๐๐ซ๐จ๐ฎ๐ฉ ๐ ๐๐๐ญ๐๐ก๐๐๐ฒ ๐ ๐๐ ๐ ๐๐ก๐๐ฆ๐ฉ๐ข๐จ๐ง๐ฌ ๐๐๐๐ ๐ฎ๐ ๐๐ฐ๐จ ๐๐๐๐/๐๐ tonight! ๐
โฝ๏ธ Selangor FC ๐ Jeonbuk Hyundai Motors FC
๐๏ธ MBPJ Stadium
๐๏ธ 23rd Octoberโฆ pic.twitter.com/QXcGonwoiQ— Selangor FC (@selangorfc) October 23, 2024
Ini merupakan aksi ketiga Selangor dalam saingan ACL 2 dan skuad kendalian Nidzam Jamil itu tekad buru kemenangan kedua ke atas jaguh dari Korea Selatan itu.
Gandingan Safuwan Baharudin (Singapura) dan Umar Eshmurodov (Uzbekistan) dijangka menjadi pilihan untuk mengisi posisi pertahanan tengah sambil dibantu oleh pemain import baharu, Abualnadi.
Nooa Laine dan Yohandry Orozco (Venezuela) dijangka mengemudi di bahagian tengah.
Di bahagian serangan, Ronnie Fernandez (Chile) dan penyerang skuad kebangsaan Jordan, Ali Olwan dilihat jadi pilihan Nidzam Jamil untuk merobek gawang lawan.
Kali terakhir Selangor beraksi di pentas Asia ialah ketika musim 2016 dimana mereka berada dalam saingan Piala AFC namun terkandas di peringkat Kumpulan E selepas hanya menamatkan saingan di tempat ketiga daripada empat pasukan.