Piala Asia 2023 – Malaysia vs Jordan [16 Januari 2024, 1:30 AM, Stadium Al Janoub]

Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan Piala Asia 2023 yang melibatkan skuad Harimau Malaya menerusi saluran Sukan RTM dan TV Okey.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Jangan risau jika TV anda tiada dua saluran ini kerana masih boleh menonton secara Live Streaming di laman web RTM Klik di mana sahaja anda berada.

Selain itu, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) turut akan menyiarkan semua perlawanan Piala Asia 2023 menerusi laman YouTube. Bagaimanapun, ia hanya boleh diakses melalui VPN.

Saluran berbayar, Astro turut akan menyiarkan perlawanan Piala Asia 2023 di Astro Arena dan Astro Supersport. Anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton saluran ini secara Live Streaming. 

Siaran percuma:

  1. Sukan RTM (111)
  2. TV Okey (110)
  3. YouTube AFC Asian Cup (Akses VPN)

Siaran berbayar (Astro Go & Sooka):

  1. Astro Arena (801, 803, 804)
  2. Astro Supersport (811 – 813)

Perlawanan ini menjadi tumpuan rakyat Malaysia setelah berjaya menamatkan penantian lebih empat dekad untuk melayakkan diri secara merit ke kejohanan kedua tertua benua di dunia itu.

Harimau Malaya tidak mempunyai pilihan lain selain menumbangkan pasukan Jordan dan mencipta sejarah dalam perlawanan malam ini.

Menang atau kalah bukan pilihan di sini tetapi memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan adalah teramat penting.

Hanya juara dan naib juara setiap kumpulan bersama empat pasukan ketiga terbaik akan layak untuk pusingan 16 pasukan di Doha.

Ini merupakan penampilan keempat Malaysia dalam Piala Asia selepas layak secara merit pada 1976 di Iran, 1980 di Kuwait dan sebagai tuan rumah bersama pada 2007 tetapi tidak pernah mara ke pusingan 16 pasukan terbaik dalam kejohanan ini.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut membuat tayangan skrin besar di 16 lokasi secara percuma, di seluruh negara bagi menyemarakkan lagi sokongan buat Harimau Malaya bagi ketiga-tiga perlawanan tersebut.

Antara lokasi yang dipilih ialah Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur; Padang Kota, di Georgetown, Pulau Pinang dan Dataran Mara, Kota Bharu, Kelantan.

Adakah sejarah akan tercipta? Sama-sama kita saksikan.