Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan Piala Asia 2023 yang melibatkan skuad Harimau Malaya menerusi saluran Sukan RTM dan TV Okey.

Jangan risau jika TV anda tiada dua saluran ini kerana masih boleh menonton secara Live Streaming di laman web RTM Klik di mana sahaja anda berada.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Namun, RTM hanya menyiarkan perlawanan yang melibatkan pasukan Harimau Malaya diperingkat kumpulan dan perlawanan akhir secara langsung.

Selain itu, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) turut akan menyiarkan semua perlawanan Piala Asia 2023 menerusi laman YouTube. Bagaimanapun, ia hanya boleh diakses melalui VPN.

Saluran berbayar, Astro turut akan menyiarkan 51 perlawanan Piala Asia 2023 di Astro Arena dan Astro Supersport. Anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton saluran ini secara Live Streaming. 

Siaran percuma:

  1. Sukan RTM (111)
  2. TV Okey (110)
  3. YouTube AFC Asian Cup (Akses VPN)

Siaran berbayar (Astro Go & Sooka):

  1. Astro Arena (801, 803, 804)
  2. Astro Supersport (811 – 813)

Sebanyak 24 pasukan terbaik dari seluruh Asia akan berentap di Qatar bermula 12 Januari ini. Hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan layak secara automatik ke pusingan kalah mati bersama  empat lagi pasukan tempat ketiga terbaik.

Harimau Malaya diundi dalam Kumpulan E bersama-sama Korea Selatan, Bahrain dan Jordan sekaligus memperlihatkan peluang agak terbuka buat pasukan negara layak ke peringkat 16 terbaik.

Jadual penuh semua perlawanan di peringkat kumpulan Piala Asia 2023 (Waktu Malaysia).