Pusingan 16 AFC Champions League Elite (ACLE) 2024-2025: Buriram United lawan Johor Darul Ta’zim (JDT) [4 Mac 2025, 10:00 malam]

Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung saingan elit bola sepak Asia melibatkan wakil negara iaitu JDT di Thailand.

Baca Juga:

Pusingan 16 ACL Elite 2025/25

Buriram United lawan Johor Darul Ta’zim (JDT)
Sepak mula: 10:00 malam, 4 Mac 2025 (Selasa)
Tempat: Chang Arena, Buriram, Thailand
Link Siaran Langsung: Astro ArenaYoutube AFC Hub (Akses VPN)

Astro Arena merupakan satu-satunya stesen televisyen tempatan yang mendapat hak penyiaran pertandingan AFC. Namun, anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton secara ‘Live Streaming’.

ACL Elite adalah pertandingan yang melibatkan 24 kelab elit di Asia dimana menawarkan wang hadiah lumayan sebanyak AS$10,000,000 (RM44,699,195.03) untuk juara manakala naib juara membawa pulang AS$4,000,000 (RM17,879,678.01).

JDT pada mulanya dijadualkan bakal berdepan Gwangju, namun selepas hukuman melibatkan Shandong Taishan telah memberikan peluang buat wakil negara itu naik ke tangga ketiga kumpulan.

Keputusan yang sekali gus memastikan pertemuan gergasi ASEAN antara JDT dan Buriram United di pusingan 16.

Pada aksi peringkat kumpulan tempoh hari, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan di Stadium Sultan Ibrahim dimana aksi dicemari dengan layangan tiga kad merah.

Menarik untuk disaksikan perlawanan ini kerana kedua-dua pasukan pastinya mahu mara ke suku akhir dalam usaha merintis saingan lebih mencabar di Arab Saudi nanti.