Seperti yang kita ketahui, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah memperkenalkan kejohanan baharu di peringkat kelab iaitu AFC Champions League Elite (ACLE) bermula pada musim 2024-2025.
ACLE kali ini melibatkan 24 kelab elit di Asia yang menawarkan wang hadiah lumayan sebanyak AS$10,000,000 (RM47.08 juta) untuk juara manakala naib juara turut membawa pulang AS$4,000,000 (RM18.83 juta).
Baca Juga:
24 pasukan ini dibahagikan kepada 12 pasukan mengikut zon Asia Barat dan Asia Timur.
Senarai penuh kelab yang beraksi di ACLE pada musim 2024-2025 ialah:
Asia Barat:
- Al Hilal SFC (Arab Saudi)
- Al Nassr (Arab Saudi)
- Al Ahli Saudi FC (Arab Saudi)
- Al Sadd (Qatar)
- Al Rayyan (Qatar)
- Persepolis FC (Iran)
- Esteghlal FC (Iran)
- Al Ain FC (UAE)
- Al Wasl FC (UAE)
- FC Pakhtakor (Uzbekistan)
- Al Shorta (Iraq)
- Al Gharafa (Qatar)
Asia Timur:
- Vissel Kobe (Jepun)
- Kawasaki Frontale (Jepun)
- Yokohama F. Marinos (Jepun)
- Ulsan HD FC (Korea)
- FC Pohang Steelers (Korea)
- Gwangju FC (Korea)
- Shanghai Port FC (China)
- Shanghai Shenhua FC (China)
- Buriram United (Thailand)
- Central Coast Mariners (Australia)
- Johor Darul Ta’zim (Malaysia)
- Shandong Taishan (China)
Undian rasmi akan berlangsung pada 16 Ogos 2024 dan wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) berada dalam balang 1 bersama beberapa kelab ternama termasuk wakil Jepun, Vissel Kobe, Ulsan HD (Korea Selatan), Shanghai Port FC (China), Buriram United (Thailand) dan Central Coast Mariners (Australia).
Balang dua pula diisi dua wakil Jepun, Kawasaki Frontale dan Yokohama F Marinos serta dua wakil Korea Selatan, FC Pohang Steelers dan Gwangju FC,
Dua lagi pasukan yang turut berada dalam balang dua adalah Shanghai Shenhua FC dari China dan pemenang aksi play-off, Shandong Taishan.
JDT akan bermain lapan perlawanan, empat di tempat sendiri dan empat di gelanggang lawan dalam format liga 12 pasukan elit Asia Timur dengan lapan pasukan teratas akan layak ke pusingan 16 terbaik.
Aksi peringkat liga yang melibatkan 8 perlawanan bagi setiap pasukan akan berlangsung dari 16-18 September 2024 hingga 17-19 Februari 2025.