Perlawanan kedua Pusingan 16 AFC Champions League Elite (ACLE) 2024-2025: Johor Darul Ta’zim (JDT) lawan Buriram United [11 Mac 2025, 8:00 malam]
Para peminat bola sepak tempatan yang tidak berkesempatan untuk ke Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri boleh menyaksikan siaran langsung saingan elit bola sepak Asia melibatkan wakil negara iaitu JDT di kaca televisyen anda.
Baca Juga:
- ACL Elite 2024/25: Buriram United, JDT Ketandusan Jaringan
- Buriram United Tidak Gentar Dengan Puluhan Ribu Penyokong JDT
- JDT Dapatkan Khidmat 3 Pemain Sepanyol Hadapi ACL Elite
Pusingan 16 ACL Elite 2025/25
Johor Darul Ta’zim (JDT) lawan Buriram United
Sepak mula: 8:00 malam, 11 Mac 2025 (Selasa)
Tempat: Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri
Link Siaran Langsung: Astro Arena & Sooka, Youtube AFC Hub (Akses VPN)
Astro Arena merupakan satu-satunya stesen televisyen tempatan yang mendapat hak penyiaran pertandingan AFC.
Sehubungan dengan itu untuk menyaksikan di laptop, komputer dan telefon pintar, anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton secara ‘Live Streaming’.
Terikat tanpa jaringan pada aksi pertama di Buriram minggu lalu membuatkan peluang jelas terbuka buat kedua-dua pasukan untuk memburu slot ke suku akhir.
JDT pastinya mahu menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk melakar satu lagi sejarah hebat buat kelab tersebut di pentas Asia.
Manakala Buriram United yang dilihat lebih berbahaya pada aksi tempoh hari juga menyimpan hajat besar untuk mengecewakan puluhan ribu penyokong setia JDT.
Oleh itu, aksi pada malam ini begitu Menarik untuk disaksikan dalam usaha JDT dan Buriram dalam merintis laluan ke saingan lebih mencabar di Arab Saudi nanti.
ACL Elite adalah pertandingan yang melibatkan 24 kelab elit di Asia dimana menawarkan wang hadiah lumayan sebanyak AS$10,000,000 (RM44,699,195.03) untuk juara manakala naib juara membawa pulang AS$4,000,000 (RM17,879,678.01).