AFC Champions League Elite (ACLE) 2024-2025: JDT vs Central Coast Mariners [11 Februari 2025, 4:00 petang]

Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung saingan elit bola sepak asia melibatkan wakil negara iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT).

Baca Juga:

Central Coast Mariners vs Johor Darul Ta’zim (JDT)
Sepak mula: 4:00 petang, 11 Februari 2025 (Selasa)
Tempat: Central Coast Stadium, Gosford, Australia
Link Siaran Langsung: Astro ArenaYoutube AFC Hub (Akses VPN)

Astro Arena merupakan satu-satunya stesen televisyen tempatan yang mendapat hak penyiaran pertandingan AFC. Namun, anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton secara ‘Live Streaming’.

ACL Elite adalah pertandingan yang melibatkan 24 kelab elit di Asia dimana menawarkan wang hadiah lumayan sebanyak AS$10,000,000 (RM44,699,195.03) untuk juara manakala naib juara membawa pulang AS$4,000,000 (RM17,879,678.01).

Selepas mengharungi enam perlawanan, JDT yang dibimbing Hector Bidoglio telah meraih lapan mata hasil dua kemenangan, dua keputusan seri dan dua kekalahan untuk menduduki tempat keenam.

Dua lagi pasukan turut meraih mata yang sama dengan JDT iaitu Shanghai Port dan Buriram United tetapi wakil negara itu memiliki kelebihan perbezaan jaringan.

Dua lagi kelab dari China, Shanghai Shenhua dan Shanghai Taishan juga pula hanya satu mata berada di belakang JDT.

Kemenangan pada perlawanan di Australia pada petang ini akan mencerahkan lagi peluang skuad Harimau Selatan itu untuk sekali lagi beraksi di pentas pusingan 16 kejohanan paling berprestij di Asia itu.

Lawan terakhir yang bakal dihadapi oleh JDT adalah Pohang Steelers pada 18 Februari nanti di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Pasukan yang mara ke peringkat 16 pasukan terakhir bakal mendapat tambahan wang tunai sebanyak USD200 Ribu.