Saingan peringkat kumpulan ACL Elite musim ini sudah hampir ke kemuncaknya dimana ada pasukan yang sudah mengesahkan kemaraan ke peringkat seterusnya.

Wakil tunggal Liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mara ke peringkat kalah mati selepas mereka menewaskan kelab Korea, Pohang Steelers dengan keputusan 5-2 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) baru-baru ini.

Baca Juga:

Enam Pasukan Mara Ke Peringkat Knockout ACL Elite

Selain JDT, ada lima pasukan yang turut mengesahkan kemaraan ke peringkat seterusnya seperti Yokohama F Marinos (Jepun), Vissel Kobe (Jepun), Kawasaki Frontale (Jepun), Gwangju (Korea) dan Buriram United (Thailand).

Dua lagi slot akan diisi oleh kelab dari Liga Super China antara Shandong Taishan, Shanghai Shenhua, atau Shanghai Port bergantung kepada keputusan perlawanan yang berlangsung hari ini.

Perlawanan Peringkat Kalah Mati ACL Elite

Hanya satu perlawanan peringkat kalah mati yang sudah ditetapkan dimana JDT akan turun menentang kelab Korea, Gwangju manakala perlawanan lain akan ditentukan selepas aksi terakhir peringkat kumpulan.

ACL Elite
Sumber Gambar: JST

Berbeza dengan Zon Timur, perlawanan peringkat kalah mati bagi Zon Barat sudah dimuktamadkan dimana kelab Uzbekistan, Pakhtakor akan turun menentang pasukan nombor dua dalam saingan Liga Pro Saudi iaitu Al-Hilal.

Kelab Qatar, Al-Rayyan akan turun menentang kelab yang diperkuatkan oleh Riyadh Mahrez dan Roberto Firmino iaitu Al-Ahli manakala Al-Wasl (UAE) akan turun menentang Al-Sadd (Qatar).

ACL Elite
FILE PHOTO: Soccer Football – Asian Champions League – Group B – Al Nassr v Al Rayyan – Al-Awwal Park, Riyadh, Saudi Arabia – September 30, 2024 Al Nassr’s Cristiano Ronaldo celebrates scoring their second goal REUTERS/Hamad I Mohammed/File Photo

Al-Nassr yang diperkuatkan oleh Cristiano Ronaldo, Sadio Mane dan Jhon Duran akan turun menentang satu lagi kelab Iran iaitu Esteghlal.

Aksi peringkat kalah mati akan berlangsung pada bulan Mac nanti dimana satu pasukan dari Timur dan Barat akan bertemu di perlawanan akhir bagi menentukan juara edisi musim ini.